Perjalanan generasi emas bola sepak Iceland berjaya melaksanakan impian ‘disney’ mereka. Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada awal pagi tadi, Iceland menewaskan Kosovo.
Jaringan pembukaan Iceland menerusi Gylfi Sigurdsson pada minit ke-40. Gudmunsson memastikan pasukan Iceland mendahului dengan 2-0.
Penyokong Iceland sudah mulai meraikan kejayaan pasukan mereka untuk mara ke Rusia. Di atas padang, Iceland mengambil pendekatan lebih bertahan dan membuatkan Kosovo agak dominan dalam perlawanan ini.
Tamat perlawanan, Iceland menang 2-0, dan mara ke Rusia untuk kempen Piala Dunia. Menjadikan ia Piala Dunia pertama di dalam sejarah mereka.
Ini adalah kali kedua berturut-turut mereka mara ke kejohanan major selepas kali pertama mara ke Euro pada tahun lalu.
Iceland have qualified for the first World Cup in their history.
They've done it again. 🇮🇸👏 pic.twitter.com/cDS0XPCHcL
— Squawka (@Squawka) October 9, 2017
Iceland juga menjadi negara pertama dengan populasi kurang sejuta penduduk yang mara ke Piala Dunia di dalam sejarah.
Croatia musnahkan harapan Ukraine
Dalam satu lagi perlawanan, Ukraine tidak akan beraksi di Rusia 2018 untuk potensi perlawanan paling panas.
Ini selepas mereka tewas dalam perlawanan terakhir menentang Croatia. Crotia memecat jurulatih mereka sebelum perlawanan ini.
2 gol Kramaric memastikan pasukan pilihan dalam kumpulan I, Croatia mara ke pusingan play off.
Tahniah untuk Iceland di atas kemaraan bersejarah anda ke Piala Dunia 2018. Nampaknya, Viking Clap akan bergema di Rusia pada 2018 nanti!