Sven Goran Eriksson: “Penyokong England Tidak Seperti Itali Menghormati Legenda”

Bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson ternyata kecewa dengan cara penyokong England melayan Wayne Rooney

Penyokong England tidak menghormati Rooney. Di media sosial mereka berterusan menghina dan troll pemain tersebut ketika beliau berhadapan dengan krisis prestasi.

Eriksson merasakan layanan seperti itu membuatkan pemain seperti Rooney tiada motivasi tambahan untuk terus bermain dalam skuad kebangsaan kerana kritikan yang melampau sehingga ada yang lupa akan sumbangan beliau kepada negara sepanjang karier beliau.

Lantas Eriksson membuat perbandingan bagaimana penyokong di Itali melayan legenda mereka seperti Totti. Di Itali legenda bola sepak mereka lebih dihormati.

Penyokong Itali sentiasa menyokong pemain berstatus legenda untuk terus bermain dalam skuad kebangsaan meskipun untuk peranan yang kecil di bangku simpanan.

Pirlo sendiri pernah berkata, di Itali, jika beliau tak umumkan persaraan, tiada siapa yang sanggup menyuruh beliau bersara daripda pasukan kebangsaan.

Walaupun berbeza sokongan di peringkat kelab, mereka tetap mempertahankan legenda kebangsaan dan kelab mereka. Eriksson berkata:

“Rooney adalah penjaring terbanyak untuk Manchester United dan England. Itu fakta yang anda tak boleh sangkal.”

“Jika Rooney adalah pemain Itali, dia akan disayangi seperti Totti di Roma. Anda jangan sesekali mengkritik Totti di Itali.”

“Mungkin atas sebab tertentu anda boleh berbuat demikian. Tetapi ada masa tertentu anda tidak boleh ‘menyentuh’ beliau sedikit pun.”

“Situasi Rooney dan England jauh berbeza. Beliau satu generasi dengan pemain-pemain yang layak ke Piala Dunia Rusia. Tetapi beliau tidak begitu dihargai.”

“Adakah Rooney dihargai sebagai seorang pemain England? Mungkin tidak.”

“Anda lihatlah beberapa nama besar dalam bola sepak Inggeris sebelum ini, mereka pun seperti Rooney dan Beckham. Mereka kerap dikritik.”

Adakah anda setuju dengan Eriksson?

Sumber

FFT – https://www.fourfourtwo.com/news/rooney-should-be-loved-totti-eriksson#TPjTabKaYqUZ6YyS.99

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN