Miroslav Kuljanac kini secara rasminya mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Bojan Hodak selaku pemangku pengendali sementara Kuala Lumpur City (KL City) sebelum kehadiran Nenad Bacina.
Bojan Hodak yang sebelum itu cemerlang selaku Ketua Jurulatih KL City telah pun meninggalkan pasukan tersebut beberapa hari lalu untuk menyertai salah satu kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung.
It's our last home game of the month!
See you later! 🤜🏻🤛🏻KO: 5:30pm
🔴⚪️🔴⚪️🔴⚪️#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/xs1R1ZFnR9
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 29, 2023
Untuk rekod, Bacina bukan lagi asing dalam bola sepak tempatan kerana berpengalaman untuk menguruskan Johor Darul Ta’zim (JDT), Penang, Malaysia bawah 19 (B-19), serta akan kembali menerajui KL City.
Selaku pemangku pengendali KL City kini, ianya bukan satu masalah untuk Kuljanac meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Bojan Hodak kerana kedua individu itu menjadi salah satu tunjang kejayaan pasukan tersebut selama ini.
Untuk aksi seterusnya, Kuljanac bakal mengendalikan KL City untuk berdepan Kelantan yang bakal berlangsung hari ini di laman sendiri dalam misi untuk mengutip tiga mata penuh.
Walaupun kini Kelantan merupakan antara kelab yang tidak konsisten dalam saingan Liga Super, pastinya Kuljanac tidak ingin mengambil mudah cabaran bakal diberikan oleh tuan rumah.
Ini kerana pasukan tersebut juga sudah membuat beberapa perubahan pada corak permainan dalam saingan Liga Super dengan memperkenalkan lebih ramai bintang-bintang muda.
KL City pula jelas tiada sebarang perubahan dibuat sehingga kini dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) iaitu Stanley Bernard telah pun menyatakannya sebelum itu tentang persiapan pasukan untuk jendela perpindahan kedua ini.
Tampil selaku finalis Piala FA 2023, kelebihan jelas berpihak kepada KL City yang diwakili oleh ramai pemain berkualiti untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka seperti Paulo Josue, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, serta beberapa lagi.
Tambahan pula para pemain ini juga sudah terbiasa dengan corak kendalian Kuljanac dan pastinya mereka mengetahui apa diinginkan pengendali tersebut untuk perlawanan akan datang.
Dijangka tiada sebarang perubahan ketara akan dibuat, KL City pastinya akan menurunkan kesebelasan utama terbaik mereka untuk berdepan Kelantan di gelanggang sendiri.
𝙢𝙖𝙞𝙣𝙩𝙖𝙞𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙤𝙪𝙧 𝙛𝙤𝙘𝙪𝙨 🧠#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/GydygilQsV
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 27, 2023
Kuljanac juga tidak keseorangan kerana beberapa lagi staf kejurulatihan lain pastinya akan turut membantu beliau untuk melancarkan pelan taktikal KL City pada malam ini.
Apapun, The City Boys juga perlu berwaspada dengan pasukan lawan yang pastinya ingin mencipta kemenangan di halaman sendiri untuk kembali mendapatkan mata yang dicari-cari.
Pemain-pemain muda Kelantan kini dijangka bakal menjadi pertaruhan utama pasukan tersebut untuk menyekat kemaraan pasukan pelawat pada perlawanan malam ini.