“Misi Kali Ini Tetap Sukar” – Aidil Sharin Anggap Sabah Bakal Beri Laluan Berliku Buat Kedah

Walaupun masih segar dengan aksi kemenangan ‘derbi utara’ mengatasi Penang baru-baru ini di halaman lawan, nyata Kedah tidak terus berasa selesa dan mahu berwaspada menjelang aksi pertemuan seterusnya malam ini menentang Sabah di Stadium Likas.

Kedah yang setakat ini hanya merekodkan satu kekalahan daripada lima perlawanan diharungi berkongsi mata bersama Johor Darul Takzim untuk berada di carta kedua Liga Super yang kekurangan dua perlawanan termasuk minggu ini kerana saingan ACL musim 2022.

Menurut Aidil Sharin, beliau melihat perlawanan malam ini sebagai suatu cabaran yang agak besar apabila menyedari pasukan tuan rumah, Sabah pastinya mahu mencipta kebangkitan setelah tewas sebelum itu di tangan Kuala Lumpur City.

“Misi kali ini tetap sukar kerana Sabah sudah pasti mahu bangkit dari kekecewaan selepas tewas kepada KL City pada perlawanan lalu. Selain itu Sabah juga memilki ramai pemain berpengalaman termasuk ketua pasukannya, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali yang pastinya kami tidak akan diberi laluan mudah sepanjang perlawanan.

“Ini sudah pasti memberi cabaran yang cukup sengit buat kami di tempat lawan selepas beraksi menentang Penang FC minggu lalu dimana kami juga tidak diberi laluan mudah sepanjang tempoh perlawanan,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama bagi menangani cabaran tersebut, Aidil turut memberi peringatan buat para pemain agar sentiasa fokus serta mencipta kombinasi terbaik di atas padang bagi memerangkap lawan selain mahu momentum kemenangan sebelum ini diteruskan agar Kedah mampu mengukuhkan lagi kedudukan semasa liga.

“Pengalaman berdepan Sabah FC ketika aksi persahabatan di Stadium Likas pada kejohanan Piala Sabah Maju Jaya (PSMJ) Februari lalu menjadi sedikit panduan buat pemain. Diharapkan pengalaman ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi tahap keyakinan diri ketika beraksi,” katanya.

Daripada lima perlawanan diharungi Kedah setakat ini, Sang Kenari telah merekodkan empat kemenangan serta hanya satu kekalahan di tangan Selangor sebelum itu untuk mengutip 12 mata maksimum.

Musim ini mereka turut diperkuatkan dengan beberapa pemain baharu yang cepat menyesuaikan diri bersama pasukan iaitu Al-Hafiz Harun, Amer Azahar, Azmeer Aris serta pemain import yang sentiasa konsisten iaitu Dechi Marcel di bahagian tengah.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN