“Kita Sedia Halang Mereka” – Mora Jangka Kawasaki Frontale Tampil Lebih Agresif

Kejayaan Johor Darul Ta’zim mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan ACL 2022 ini secara tidak langsung berjaya membuka mata ramai pihak mengenai keupayaan kelab dari Malaysia itu mampu memberi tentangan yang cukup baik buat pasukan-pasukan gergasi di Asia.

Terdahulu, JDT memulakan langkah dalam peringkat Kumpulan I dengan merekodkan kejayaan menewaskan Guangzhou FC serta Ulsan Hyundai, sebelum mengikat Kawasaki Frontale yang kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Untuk aksi pusingan kedua peringkat kumpulan, pastinya anak buah Benjamin Mora mahu mengekalkan rekod tanpa kalah apabila sekali lagi bakal berlangsung jaguh dari Jepun iaitu Kawasaki Frontale malam ini di stadium yang sama.

Pada perlawanan sebelum itu, skuad kendalian Mora berjaya mengikat lawan dari memperoleh kemenangan atau sebarang gol setelah terikat seri 0-0 dalam aksi yang sangat sengit ditampilkan kedua pasukan bagi mencari kemenangan.

Seandainya JDT berhajat untuk mara lebih jauh pada edisi kali ini dalam saingan ACL, mereka perlu melakar kemenangan atas pasukan kendalian Toru Oniki itu sekali gus menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati.

Walaupun begitu, jelas ada beberapa pemain JDT kini tampak keletihan setelah tampil beraksi dalam semua permainan yang berintensiti tinggi tersebut, namun Mora menjelaskan keinginan mereka untuk mencipta kejayaan buat pasukan lebih tinggi malah sentiasa mahu terpilih dalam senarai kesebelasan utama.

“Pemain yang kerap diturunkan pada tiga aksi berturut-turut jelas keletihan tapi mereka seolah-olah mengetepikan faktor itu sebaliknya keazaman untuk terus beraksi begitu tinggi dan saya tidak boleh menolak harapan mereka jika mereka mahu beraksi.

“Kita akan berdepan pasukan yang berada di ranking pertama kelab Asia dan semestinya ia cukup mendebarkan kerana Kawasaki Frontale pasti mahu menebus kekecewaan apabila kita berjaya mengikat keputusan seri dan mereka akan tampil dengan corak permainan yang lebih agresif dan kita akan bersedia bagi menghalang mereka.

“Mereka juga memiliki pemain sayap kiri yang berbahaya iaitu pemain nombor 23 (Marcio Barbosa) dan dia kerap melakukan larian pantas dan bijak mengelirukan pertahanan kami dan komunikasi antara pemain pertahanan kami di sebelah kanan dan tengah harus seiring bagi mengelak kekeliruan yang mungkin membawa padah,” katanya pada sidang media menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, Mora turut menyifatkan aksi pemain tengah berpengaruh iaitu Natxo Insa sebagai penolong kepada diri beliau di atas padang apabila berjaya mengemudi kawasan tengah dengan baik selain tenang mematahkan segala gerakan lawan serta menjadi pemain paling penting dalam taktikal pengendali dari Mexico tersebut.

“Natxo walaupun sudah dianggap pemain veteran di dalam skuad JDT tapi berjiwa muda apabila tidak kenal erti letih malah dia merupakan nadi utama buat JDT malah dapat membaca rentak permainan dan tangkas membuat keputusan apabila berada dalam tekanan.”

Selain itu, penjaga gol berpengalaman JDT iaitu Farizal Marlias berharap buat rakan sepasukannya agar meneruskan aksi terbaik mereka seperti perlawanan lalu kerana beliau juga mahu kelab mengekalkan rekod terbaik setakat ini dalam peringkat kumpulan.

“Ada 90 minit perlawanan yang sengit bakal kami harungi dan saya berharap momentum corak permainan yang mantap ketika aksi pertama dikekalkan malah saya percaya rakan sepasukan sepakat untuk pamer aksi terbaik.

“Diri saya juga harus bersedia dengan corak permainan pasukan lawan yang mungkin akan melakukan rembatan bola dari luar kotak penalti selain perlu tangkas menghalang bola hantaran lintang dari posisi sayap kiri dan kanan,” kata Farizal.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN