Misi Final Piala AFC Kali Kedua Untuk JDT, 6 Kunci Utama Perlawanan Malam Ini

Ia adalah perjalanan yang jauh oleh wakil tunggal negara dalam separuh akhir Piala AFC musim ini, yang juga merupakan juara bertahan JDT.

Berikut adalah 7 perkara yang dijangka menjadi kunci utama perlawanan ini.

1. JDT Perlukan Gol

Selepas melepaskan gol di Larkin tempoh hari, maka sifir paling asas untuk JDT adalah mencari gol di tempat lawan dan cuba untuk mencari gol kedua.

Jika mereka berhasil menjaringkan 2 gol, ia akan memaksa Bengaluru untuk mencari kemenangan aggregate kerana sebarang keputusan seri lebih daripada 1-1, ia akan menjadi milik JDT.

Pada masa yang sama, JDT harus sedaya upaya mengelakkan diri mereka daripada dibolosi lebih awal. Ini kerana ia akan memberikan tekanan yang agak tinggi.

JDT secara teknikalnya adalah pasukan yang memulakan perlawanan ini dari belakang.

2. Alex – Azriff

Azamuddin Akil telah menunjukkan prestasi yang baik sejak menyertai JDT. Mungkin beliau adalah pahlawan yang tidak didendang di kem JDT musim ini.

Kami menggariskan isu gandingan Azamuddin dengan Azriff Nasruhaq di sebelah kanan. Sistem sayap Mario Gomez memerlukan pemain sayap dan bek sisi untuk bergerak dengan fluid.

Kredit gambar: Ahmad Ridhuan/www.asiana.my
Kredit gambar: Ahmad Ridhuan/www.asiana.my

Ketiadaan Kunanlan adalah peluang terbaik untuk Azriff membuktikan beliau adalah pemain yang berkualiti dengan tag pemain tempatan termahal dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Itu adalah masalah utama mereka dalam perlawanan pertama. Jika koordinasi Alex-Azriff ini diperbaiki, ia akan memudahkan Alex untuk lebih terlibat di half-space dan juga byline.

3. Ujian Tanpa Diaz-Lucero

Gandingan paling prolifik Diaz-Lucero digantung untuk perlawanan ini. Mereka berdua adaldah duo terbaik yang pernah menyarung jersi JDT sepanjang zaman.

Ia kehilangan besar di bahagian serangan JDT. Sandaran mungkin akan diletakkan di bahu Safee Sali dalam formasi 4-3-3 dengan sokongan oleh pemain tengah advance, Safiq Rahim.

safee

Safiq Rahim musim lalu bermain dalam peranan yang sangat advance. Musim ini beliau lebih menjadi box to box kerana adanya no.10 tulen, Diaz.

JDT wajib menjaringkan gol di dalam perlawanan ini.

4. Taktikal 

Albert Roca telah membuktikan beliau adalah tactician yang bagus dalam perlawanan di Larkin. Bengaluru ada bola sepak yang tersusun sama ada ketika bertahan.

bengalurufc-m

Di tempat sendiri, Roca mungkin akan menggunakan pendekatan lebih positif ketika menyerang dan tidak terlalu bergantung dengan serangan balas semata-mata.

2 jurulatih ini ada latar belakang bola sepak Sepanyol  yang kuat. Dari segi ego, Roca ada pengalaman menjadi pembantu pengurus Frank Riijkard selama 10 tahun di beberapa kelab termasuk era emas Barca.

Jadi, zon 14 sudah pasti menjadi tumpuan kedua-dua jurulatih ini. Cuma masalah JDT adalah mereka kehilangan pakar zon 14 mereka, Diaz.

Untuk Mario Gomez pula, beliau pastinya mahu membuktikan beliau adalah jurulatih yang lebih baik selepas memenangi piala ini musim lalu,

Ini adalah perlawanan di mana Mario Gome benar-benar diuji dari segi taktikal terutama sekali selepas kehilangan tonggak utama.

Roca berpendapat:

“Gol tempat lawan itu cuma sagu hati, kami masih perlu mencari 1 atau 2 gol untuk menang. Mereka tetap pasukan pilihan kerana mereka adalah juara bertahan. Jadi, misis sukar untuk kami.”

Sebagai penganalisis taktikal bebas, saya benar-benar menanti apakah yang akan dihidangkan oleh kedua-dua pasukan.

5. Safiq vs Chhetri

2 kapten ini akan menjadi watak penting dalam pasukan kali ini. Kualiti Chhetri memang terbukti dalam perlawanan pertama di Larkin.

166
kredit gambar: Nizam Rahman/asiana.my

Chhetri ada kelajuan dan skill dengan bola serta larian tanpa bola yang tajam. Beliau juga kapten yang berpengaruh di dalam pasukan.

sun

Safiq Rahim adalah MVP untuk Piala AFC 2015. Tugas beliau kali ini lebih berat kerana mereka kehilangan duo serangan penting.

Safiq ada kemampuan menjaringkan gol yang baik dan itu adalah aspek yang mungkin akan cuba digunakan Gomez kali ini.

6. Sejarah

Kedua-dua pasukan pastinya mahu mencipta sejarah tersendiri dalam pertandingan ini.

Untuk Bengaluru, mereka mahu menjadi kelab dari India pertama yang mara ke final Piala AFC. Ini selepas cubaan East Bengal dan Dempo di peringkat separuh akhir dalam edisi-edisi sebelum ini gagal.

Manakala JDT pula selepas mencipta sejarah gemilang musim lalu, menjadi pasukan Malaysia dan Asia Tenggara pertama menjuarai Piala AFC, mereka pastinya mahu mara untuk kali kedua berturut turut.

Ini adalah rekod pasukan yang pernah mara ke final AFC untuk sekurang-kurangnya 2 tahun berturut-turut

[table]
Kelab,Final,
Al-Faisaly, 2005-2006-2007(3),
Al Kuwait,2011-2012-2013(3),
Al-Qadsia,2013-2014(3),
[/table]

Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk pasukan Johor Daru Ta’zim sempena perlawanan separuh akhir malam ini menentang pasukan yang sedang meningkat naik Bengaluru FC.

Baca juga: Analisis Taktikal Piala AFC 2016: JDT Buntu Berhadapan Struktur Zonal Marking Ruang Bengaluru

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN