‘Misi Asia’ Sedap Kena Belasah, Kedah Bersedekah 10 Malam Terakhir Ramadan

11 gol rekod dibolosi sepanjang enam perlawanan yang melibatkan Kedah Darul Aman bukan sesuatu yang boleh diambil mudah buat Aidil Sharin ketika ini mengenai kelonglaian benteng pertahanan pasukan.

Terbaharu, pasukan ini tewas besar di tangan Sabah dengan keputusan 0-4 di Stadium Likas dalam aksi keenam saingan Liga Super musim 2022.

Apa silapnya? Sebelum itu Kedah juga mencatat kekalahan sulung dengan jumlah jaringan besar juga sewaktu berdepan Selangor apabila bolos 4 gol dimana ketika itu mereka cuba beraksi dengan formasi berbeza yang memerangkap diri sendiri.

Pertahanan serba longlai 

Kedah pada awal musim tampak menyakinkan dengan menggunakan sistem empat pertahanan dimana gandingan Ariff Farhan Md Isa, Azmeer Aris, Jang Suk-won, dan Rodney Celvin berjaya membentuk suatu persefahaman yang amat baik buat pasukan.

Masalah mula timbul apabila kehadiran Marc Vales yang pulih dari kecederaan mula dimasukkan Kedah ketika beraksi bersama Selangor dengan formasi terbaharu yang menyaksikan Aidil Sharin mencuba sistem tiga pertahanan dan memfokuskan bahagian tengah bersama dua ‘wingback’.

Hasilnya, Selangor mudah mengeksploitasi Kedah dan menjayakan setiap peluang terhidang dalam bentuk gol apabila setiap para pemain ketika itu bercelaru untuk memahami tugas masing-masing serta keliru untuk berada di zon sepatutnya bagi membendung lawan.

Semalam, Kedah kembali menggunakan empat pertahanan dan sistem tersebut diakui Aidil sendiri telah digunakan sewaktu menentang Penang dengan menolak Marc Vales selaku pertahanan sisi di sebelah kanan.

Pemain import tersebut nyata sering menjadi lubuk serangan lawan sejak perlawanan lalu termasuk semalam apabila ancaman dari tepi sering hadir menerusi Taiki Kagayama, Ummareng Bacok, dan Amri Yahya selain Stuart Wilkin bagi memecahkan disiplin pertahanan Kedah.

Masalah penyerang masih menghantui?

Kedah sebenarnya paling bermasalah semalam menerusi ancaman ke hadapan gol selain fungsi pertahanan yang amat teruk.

Skuad ini telah mengikat tiga tonggak serangan baharu iaitu Ronald Ngah Wanja dari Cameroon, Dennis Buschening dari Thailand, serta pemain pinjaman iaitu Syafiq Ahmad dari Johor Darul Ta’zim.

Menerusi tiga pemain ini, pada awalnya dilihat sebagai suatu kombinasi yang agak bagus jika dilihat dari latar belakang setiap pemain tersebut.

Namun sebaliknya berlaku, apabila ketiga pemain ini masih gagal memberi impak yang berkesan buat pasukan selain Dennis yang dihimpit kecederaan panjang.

Kedah hanya meledak lapan gol setakat ini daripada enam perlawanan dan langsung tidak mengimbangi rekod bolos mereka sebanyak 11 gol.

Paling mengecewakan pastinya aksi Ronald Ngah yang gagal memberi kesan terbaik buat Kedah biarpun tampil dengan rekod cemerlanh musim lalu di saingan Liga Jordan.

Tiga gol terhasil daripada enam perlawanan serta aksi yang sangat kurang menyakinkan setakat ini untuk beliau membimbing di bahagian serangan Kedah dengan lebih baik termasuk perlawanan AFC akan datang tidak lama lagi.

Aksi longlai Ilham Amirullah

Kelibat penjaga gol ini antara yang mencuri tumpuan Kedah setakat ini. Tampil dalam tiga aksi perlawanan bersama pasukan dalam saingan liga dan merekodkan sebanyak lapan gol dibolosi beliau.

Dimana silapnya? Menurut pendapat peribadi, ini disebabkan beliau terlalu lama memanaskan bangku simpanan sejak musim musim lalu dan secara tiba-tiba perlu beraksi musim ini dalam beberapa perlawanan besar.

Jelas aksi beliau agak gugup dan ketangkasan beliau amat mengecewakan terutama pada perlawanan semalam apabila begitu mudah melepaskan percubaan lawan tidak seperti mana yang dilakukan Ifwa Akmal sebelum itu.

Kesimpulan

Terlalu banyak lagi ingin diperkatakan mengenai pasukan Kedah berdasarkan prestasi yang dipamerkan pasukan ini dalam setiap perlawanan.

Mereka bermula dengan sangat bagus menerusi rentak permainan hantaran pendek serta pantas dan secara perlahan-lahan juga anak buah Aidil Sharin ini mempamerkan prestasi yang menurun sehingga menjadi persoalan sama ada mereka bersedia atau tidak hendak ke AFC?

Mungkin inilah yang difikirkan Menteri Besar Kedah suatu ketika mereka hendak menjenamakan pasukan dengan tidak mengambil nama Kedah FC (KFC) tetapi diubah kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kerana enggan menahan rasa dikutuk sebagai ‘ayam KFC’ ketika tewas.

Bagaimana pendapat anda wahai peminat setia Kedah?

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN