Misi ‘Asia Kami Mai’ Kembali Berkumandang, Kedah Berjaya Ikat Penyerang Jordan Untuk Piala AFC

Kedah Darul Aman (KDA) telah pun melengkapkan pemain import mereka yang kelima setelah mengumumkan penyerang dari Jordan iaitu Mahmoud Al-Mardi sebagai sentuhan baru di posisi serangan.

Perkara tersebut diumumkan sendiri menerusi klip video yang dikongsikan oleh laman rasmi mereka di Facebook dan itu menjelaskan kepada para penyokong yang khidmat Dennis Buschening juga berakhir bersama KDA musim ini.

Mahmoud merupakan pemain penyerang bagi skuad kebangsaannya dan menjadi antara tonggak dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini dalam Kumpulan A.

Lebih menyakinkan, pemain ini turut mencatat nama selaku penjaring gol ketika menentang Kuwait biarpun masuk selaku pemain gantian dalam perlawanan tersebut.

Pada musim lalu, Mahmoud telah pun meraih gelaran juara bersama kelab yang beraksi di Bahrain iaitu Al-Muharraq dalam saingan Piala AFC 2021 sebelum beraksi bersama Salavan Real Estage di Laos pada awal tahun 2022.

Pemain berusia 28 tahun ini mempunyai gaya permainan versatil dan mungkin bakal menjadi taruhan terbaik buat Aidil Sharin untuk merencanakan sesuatu di bahagian serangan KDA.

Kelebihan untuk beraksi selaku pemain tengah menyerang dan penyerang menjadi aset terbaik Mahmoud selain lincah dari segi kawalan bola, kualiti sepakan percuma, dan kreativiti di bahagian serangan.

KDA yang kini bakal berlepas ke Bali, Indonesia dalam misi untuk meraih sesuatu dalam saingan Piala AFC 2022 dilihat telah membuat persiapan rapi sejak beberapa minggu ini untuk memperbaik segala aspek kelemahan terutama sekali di bahagian pertahanan dan serangan.

Sebelum itu, mereka terlebih dahulu menandatangani pemain Thailand iaitu Sanrawat Detchmitr yang beraksi di posisi tengah.

Detchmitr juga merupakan bekas tonggak negaranya yang kali terakhir beraksi bersama Thailand pada tahun 2019. Rekod terbaik pemain ini pada tahun 2018 apabila tersenarai dalam kesebelasan terbaik bagi saingan Piala AFF.

Setakat ini, KDA telah menggugurkan dua pemain import mereka iaitu Jang Suk-won di posisi pertahanan dari Korea Selatan, serta pemain dari Thailand iaitu Buschening yang beraksi selaku pemain serangan.

Untuk barisan pemain import terkini Kedah ialah Marc Vales selaku pemain pertahanan, dua pemain tengah iaitu Sanrawat Detchmitr bersama Dechi Marcel, serta dua tenaga di posisi serangan, Mahmoud dan Ronald Ngah Wanjah.

KDA juga berjaya mengikat bekas tonggak pertahanan Melaka United iaitu Akmal Zahir untuk memperkukuh posisi tersebut dalam saingan Piala AFC yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

KDA akan bertemu dengan Bali United (Indonesia), Kaya FC-Iloilo (Filipina) dan Visakha (Kemboja) dalam kumpulan G.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN