Misagh Bahadoran Dan Wander Luiz Diumumkan Pemain Import Baharu Perak

Perak

Dua pemain import yang beraksi pada perlawanan persahabatan bertemu MOF FC kelmarin iaitu Misagh Medina Bahadoran dan Wander Luis Bitencourt Junior telah disahkan akan bersama pasukan Perak The Bos Gaurus dalam satu sidang media yang berlangsung di Ipoh, petang semalam.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan, kedua-dua pemain berjaya melepasi ujian kesihatan dan kecergasan yang dilakukan terhadap mereka.

Misagh Bahadoran yang sebelum ini dikaitkan dengan Kelantan, merupakan bekas ketua pasukan Global Cebu FC yang beraksi dalam Piala AFC musim lalu dan juga pemain skuad kebangsaan Filipina.

Pemain berusia 31 tahun yang merupakan seorang doktor gigi bertauliah itu bermain di posisi sayap kanan.

Foto: Perak TBG

Wander Luiz pula merupakan bekas pemain kelab Al-Raed yang beraksi dalam Liga Profesional Arab Saudi. Beliau yang juga berusia 31 tahun pernah mewakili Kelantan pada tahun 2016 dan beraksi di posisi tengah menyerang.

Mengulas mengenai keputusan penghijrahannya ke Malaysia, Misagh menjelaskan kepada Semuanya BOLA bahawa beliau mahukan cabaran yang baru dalam karier bola sepak beliau.

”Ini merupakan keputusan yang sukar buat saya untuk meninggalkan Filipina kerana saya merupakan ketua pasukan buat Global Cebu FC yang beraksi dalam Piala AFC musim lalu. Tetapi saya mahu merasai pengalaman untuk beraksi di liga, sistem, atmosfera dan jurulatih yang berbeza. Saya mahu untuk terus belajar.”

”Saya terkejut melihat bagaimana Liga Malaysia dengan begitu ramai peminat yang menyokong pasukan di stadium. Saya gembira dan merasakan saya membuat keputusan yang tepat untuk beraksi bersama Perak.”

“Hubungan sesama pemain dalam pasukan Perak cukup kuat, suasana yang cukup baik dan sama keadaannya seperti saya bersama Global FC.”

Dengan pengesahan ini bermakna terdapat satu lagi kekosongan pemain import bagi kuota pemain Asia dalam skuad The Bos Gaurus ini setelah mereka mengekalkan khidmat Gilmar Jose Da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliveira yang telah bersama pasukan sejak pertengahan musim lalu.

Brendan Gan dan Norhakim Hassan turut diperkenalkan pada sidang media semalam. Foto: Perak TBG

Dalam perkembangan lain, Mohamad Nasir Basharudin akan kembali menggalas tanggungjawab selaku ketua pasukan. Sebelum kehadiran Shahrom Kalam pada musim lalu, Nasir telah beberapa tahun memegang tanggungjawab tersebut.

Pemain berusia 28 tahun itu akan dibantu oleh Shahrul Mohd Saad dan Hafizul Hakim Khairul Nizam.

Datuk Seri Abdul Puhat juga turut mengumumkan bahawa Perak akan beraksi di Stadium TLDM, Lumut pada saingan awal musim sementara menunggu kerja menaik taraf dan baik pulih Stadium Perak, Ipoh selesai. Stadium Perak dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada bulan Mac.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN