Ernesto Valverde: Kehadiran Phillipe Coutinho Tidak Akan Mengubah Taktik Barcelona

Ernesto Valverde

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde menjelaskan bahawa kehadiran Phillipe Coutinho di kelab Catalan itu tidak akan membuatkannya untuk mengubah taktik pasukan dengan begitu ketara bagi menyesuaikan dengan corak permainan bintang Brazil itu.

Coutinho dan Ousmane Dembele dilihat perlu menyesuaikan diri dengan taktik sedia ada yang menjadi pilihan pengendali berusia 53 tahun itu.

Dembele dilaporkan sudah pulih daripada kecederaan hamstring yang memaksanya berehat selama tiga bulan manakala Coutinho pula perlu menunggu untuk membuat penampilan pertama di Barcelona berikutan kecederaan kecil yang dihadapinya pada bahagian peha.

Ernesto Valverde pada masa-masa tertentu menggunakan formasi 4-4-2 dengan empat pemain tengah beraksi di belakang Lionel Messi dan Luis Suarez. Bagi Coutinho dan Dembele pula, mereka kelihatan lebih sesuai dengan formasi 4-3-3.

Bercakap kepada sidang media menjelang perlawanan kedua pusingan 16 terbaik dalam Copa Del Rey menentang Celta Vigo, Valverde memberikan sedikit bayangan keadaan yang sesuai buat Coutinho dan Dembele.

BARCELONA, SPAIN – JANUARY 08: New Barcelona signing Philippe Coutinho is unveiled at Camp Nou on January 8, 2018 in Barcelona, Spain. The Brazilian player signed from Liverpool, has agreed a deal with the Catalan club until 2023 season. (Photo by David Ramos/Getty Images)

”Coutinho masih tidak boleh beraksi lagi ketika ini. Dembele boleh beraksi di kedua-dua belah tetapi tanpa mengira perubahan perkara kecil yang dilakukan ia akan menjadi serupa.”

”Coutinho merupakan seorang pemain yang kami rasa dapat membantu pasukan. Setiap pemain adalah berbeza dan memberikan sesuatu perkara yang baru.”

”Dia mampu menjaringkan gol, dia boleh melakukan rembatan. Kami harap dia dapat menyumbang dan membantu kami menjadi lebih baik,” ujar Ernesto Valverde kepada wartawan.

”Ia adalah tugas jurulatih untuk membincangkan mengenai pasukannya. Kami amat kompetitif. Dalam tiga kejohanan di sebuah kelab yang hebat di dunia. Kami akan sentiasa mencuba untuk menang dan membuatkan peminat kami gembira. Kami juga rasakan para pemain kami adalah yang terbaik.”

Barcelona kini berada di tangga teratas dalam saingan La Liga selepas memperoleh 48 mata bagi meninggalkan Atletico Madrid di tempat kedua dengan kelebihan 9 mata. Begitu jauh meninggalkan musuh tradisi, Real Madrid yang berada di tangga ke-4.

Skuad The Blaugrana itu masih belum mengalami sebarang kekalahan dalam 18 perlawanan liga apabila mencatatkan 15 kemenangan dan 3 seri.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN