Mino Raiola Terbang Ke England Untuk Bincang Masa Depan Pogba

Mini Raiola, ejen kepada pemain termahal dalam sejarah Manchester United, Paul Pogba dikatakan akan ke England untuk membincangkan tentang masa depan pemain tersebut.

Ini selepas Paul Pogba dikaitkan dengan Barcelona dalam minggu terakhir perpindahan.

Mino Raiola sebelum ini pernah mengakui Barcelona adalah kelab yang pernah memberitahu Juventus untuk menjualkan pemain itu kepada mereka jika mereka mahu menjual Pogba.

Namun bintang Perancis itu ketika itu memilih untuk kembali semula ke Manchester United untuk menyelesaikan misi tertangguh selepas meninggalkan kelab itu ketika remaja.

Pogba kini masih bercuti selepas cemerlang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

Raiola mungkin akan cuba menggunakan peluang ini untuk mendesak Manchester United menerima bidaan daripada Barcelona. Atau menstrukturkan semula gaji Pogba jika Manchester United tidak mahu menjual pemain tersebut.

Pogba

Peminat Manchester United kenal sangat dengan Mino Raiola yang mampu mempengaruhi pemain beliau dalam perpindahan pemain.

Jendela perpindahan pemain di England akan tutup pada Khamis ini sebelum musim bermula. Raiola mahu menyelesaikan isu itu segera.

Barcelona mendapati mereka perlu mendapatkan Pogba untuk digandingkan dengan Coutinho di tengah bagi membantu Lionel Messi. Kelab Catalan itu sudah mendapatkan Vidal yang lebih kepada pemain tengah defensif.

Jelas sekali Jose Mourinho tidak mahu kehilangan pemain itu selepas beberapa kali menunjukkan rasa tak puas hati dengan pengurusan tertinggi kelab yang gagal bekerja lebih aktif dalam jendela perpindahan kali ini.

Man. United hanya menandatangani Fred dan pemain remaja Diogo Dalot. Mereka dikatakan masih berusaha mendapatkan Toby Alderweireld dari Spurs.

Kekalahan kepada Bayern Munich memburukkan lagi pra musim mereka musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN