Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard dikhabarkan sedang mengintai kemungkinan untuk merekrut seorang lagi bekas rakan sepasukan di Liverpool untuk menyertai Aston Villa. Pemain yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan adalah Luis Suarez.
Sebelum ini Gerrard sudah mendatangkan Philippe Coutinho yang pernah bermain bersamanya di Liverpool. Pelaburan Gerrard terhadap bekas pemain Barcelona itu dilihat menjadi apabila Coutinho berjaya menghasilkan satu assist dan satu gol untuk mengikat Manchester United 2-2 baru-baru ini.
Dianggap sebagai legenda dan antara watak paling dihormati di Anfield, maka tidak mustahil perkhabaran itu akan direalisasikan untuk membentuk ‘mini Liverpool’ di Villa Park.
🚨 𝗕𝗥𝗘𝗔𝗞𝗜𝗡𝗚: Luis Suárez has turned down several offers to leave Atlético Madrid to focus on a return to the Premier League with Steven Gerrard's Aston Villa.
(Source: @gerardromero) pic.twitter.com/UhuNc7862I
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 18, 2022
Wartawan Sepanyol, Gerrard Romero sebelum ini mendedahkan Suarez telah menolak beberapa tawaran untuk memungkinkan dirinya berhijrah kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan menyertai Aston Villa apabila kontrak beliau bersama Atletico Madrid tamat pada musim panas ini.
Sehingga kini Suarez dipercayai telah menolak tawaran dari tiga kelab Brazil, iaitu Palmeras, Corinthians dan Atletico Mineiro. Penyerang berasal dari Uruguay itu turut dilaporkan mendapat tawaran daripada sebuah kelab di Arab Saudi.
Pada usia 34 tahun, Luis Suarez bukan lagi muda. Tetapi ia bukan lagi rahsia pemain itu sentiasa dipandang tinggi oleh Gerrard.
📺 Luis Suarez ha descartado ofertas de Palmeiras, Corinthians y Atlético Mineiro -además de una de Arabia – para centrarse en la propuesta del Aston Villa de su ex compañero Gerrard. En directo en https://t.co/vrsj4XOUJL #jijantesfc
— Gerard Romero (@gerardromero) January 18, 2022
“Pada pandangan saya tidak ada pemain yang bermain dengan semangat (kesungguhan) seperti dimiliki Luis Suarez. Bakatnya begitu luar biasa dan sering memberikan ancaman. Beliau juga adalah rakan sepasukan yang luar biasa, dan mungkin juga adalah pemain terbaik pernah beraksi bersama saya,” kata Gerrard pada 2015.
Penyerang Uruguay Luis Suarez menjadi pemain paling popular di kalangan penyokong The Reds sepanjang 3 musim setengah di Merseyside.
Suarez juga memenangi anugerah kasut emas pada musim 2013-14 dengan 31 gol dan Liverpool begitu hampir menamatkan kemarau kejuaraan pada ketika itu.
Atletico Madrid marksman Luis Suarez is interested in joining Steven Gerrard's Aston Villa according to @gerardromero. The Uruguayan played with Gerrard during their time together at Liverpool and will be out of contract at Atletico at the end of this season. pic.twitter.com/cQiKrcW3gC
— Football España (@footballespana_) January 18, 2022
Malang sekali, Piala Liga yang dimenangi pada 2012 menjadi satu-satunya trofi pernah dimenangi oleh Suarez bersama Liverpool.
Beliau kemudiannya menyertai Barcelona di mana beliau mengecapi lebih banyak kejuaraan – lima gelaran La Liga, dan satu kejuaraan Champions League.
Suarez juga mencipta rekod sebagai penjaring ketiga terbanyak di dalam sejarah kelab Catalan itu. Ia pasti satu perkembangan yang menarik untuk melihat Luis Suarez kembali mewarnai Liga Perdana Inggeris di mana bakat beliau dihargai.