Maguire, Shaw Antara 3 Pemain Yang Rangnick Anggap Tak Layak Berada Di Old Trafford

Harry Maguire, Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka merupakan antara tiga pemain yang Ralf Rangnick rasakan tak layak untuk berada di Old Trafford.

Pengurus interim kelab itu merasakan yang ketiga-tiga pemain ini sebenarnya tidak cukup bagus untuk menjadi pemain Manchester United.

Ralf Rangnick baru-baru ini dilaporkan telah bertemu dengan barisan pimpinan kelab untuk mendedahkan laporan beliau berkait penilaian pemain.

Menurut laporan dari 90min, pengurus dari Jerman itu telah mendedahkan kepada Richard Arnold, CEO baru Manchester United yang Harry Maguire, Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka tidak cukup bagus untuk bermain bersama Red Devils.

Maguire, Shaw dan Wan-Bissaka nadi penting Ole Gunnar Solskjaer

Ketika Man Utd masih di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, ketiga-tiga pemain ini merupakan nadi penting kelab.

Wan-Bissaka walau sama sekali tidak mempunyai kualiti dalam membuat hantaran, namun beliau dianggap pemain penting kerana kualiti bertahan yang beliau miliki.

Aksi bertemu Paris Saint Germain dalam saingan Champions League merupakan antara persembahan terbaiknya sebagai pemain Man Utd.

Luke Shaw pula berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya ketika beraksi di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Beliau bahkan turut dipanggil semula untuk sertai skuad kebangsaan England selepas mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Manchester United.

Harry Maguire sebenarnya pada awal ketibaan beliau ke bumi Old Trafford, beliau banyak membantu mengubah barisan pertahanan skuad.

Maguire dilantik sebagai ketua pasukan kerana beliau memiliki ciri kepimpinan dan beliau juga antara calon paling layak yang ada pada ketika itu.

Namun dari masa ke semasa persembahan Maguire semakin merosot dan kini beliau dianggap sebagai antara pemain pertahanan paling teruk dalam dunia bola sepak.

Ketiga-tiga Shaw, Maguire dan Wan-Bissaka hilang tempat

Maguire kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang mengakibatkan gawang gol United dibolosi lawan.

Luke Shaw juga jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan masalah kecederaan dikatakan menjadi punca beliau gagal dapatkan persembahan terbaiknya.

Aaron Wan-Bissaka antara yang menunjukkan kemerosotan prestasi paling teruk dalam skuad United dengan beliau dilihat sudah langsung tidak berfungsi ketika membantu jentera serangan.

Bahkan ketika bertahan juga beliau sering melakukan kesilapan-kesilapan mudah yang menyebabkan gawang gol United dihukum.

https://twitter.com/FtblRelated/status/1483535678105337858?t=lkL4Nv62JVapquMaS66_FA&s=19

Dek kerana ketiga-tiga mereka menunjukkan aksi yang tidak menentu dan sangat hambar, maka pengurus interim kelab, Ralf Rangnick memutuskan untuk sekadar meletakkan mereka dibangku simpanan.

Ketiga-tiga mereka kini sudah hilang tempat dalam kesebelasan utama Man Utd dengan Diogo Dalot dan Alex Telles lebih kerap diturunkan sebagai pemain utama di posisi full-back.

Maguire sebelum ini diketepikan kerana masalah kecederaan, namun ketika aksi bertemu Aston Villa, Ralf Rangnick mendedahkan yang beliau sememangnya sengaja tidak mahu menurunkan bekas bintang Leicester City itu dalam kesebelasan utamanya.

Ralf Rangnick tidak cukup bijak mengawal keharmonian bilik persalinan

Ralf Rangnick mungkin menganggap beliau perlu tegas dalam mengendalikan skuad United agar mampu mendisiplinkan para pemain.

Namun begjtu, cara beliau mungkin sedikit tidak kena dengan beliau terlalu terbuka menceritakan segala masalah dalaman kelab kepada media.

Terbaru, beliau mendedahkan kepada media yang Anthony Martial tidak mahu berada dalam skuad United ketika aksi bertemu Aston Villa.

Martial pula kemudiannya membalas kenyataan tersebut dengan menafikan dakwaan dari Ralf Rangnick dan menegaskan yang beliau tidak pernah menolak untuk bermain.

Tindakan Ralf Rangnick sebenarnya sekadar memanaskan lagi isu dan menambah kekecohan dalam kem United yang sudah sedia ada huru-hara.

Media UK sememangnya terkenal dengan kemampuan mereka untuk mengeruhkan lagi apa-apa isu yang sedang berlaku.

Dek kerana Ralf Rangnick terlalu lantang, maka beliau secara tak langsung sentiasa menyuap media dengan isu-isu dalaman dan hal itu sebenarnya akan menjadi semakin besar dan semakin teruk.

Keadaan di bilik persalinan pada ketika ini sudah sangat huru-hara dan tindakan beliau sekadar menambah teruk lagi suasana di bilik persalinan.

Luke Shaw, Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka jelas sekali tidak akan gembira dengan kenyataan terbaru dari Ralf Rangnick dan sudah tentu agak sukar untuk mereka bekerjasama lagi selepas ini.

Seharusnya ketika beliau meminta agar semua pemain bersabar dan mereka mahu menyelesaikan segala masalah bersama-sama, beliau tak sepatutnya mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi.

Adakah tindakan Ralf Rangnick mendedahkan segala rahsia dalaman kelab patut? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN