Milan Menang 2-1 Ke Atas Lazio, Gattuso Berpendapat Gol Cutrone Patut Dibatalkan

Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

AC Milan mencatatkan kemenangan bergaya ke atas Lazio. Namun pengendali AC Milan hairan kenapa gol pemain beliau, Patrick Cutrone pada minitk le-15 disahkan?

Pengurus Lazio, Simone Inzaghi berang dengan gol itu, bola terlebih dahulu terkena lengan Cutrone dan gol itu sepatutnya dibatalkan kerana ‘handball’.

Gattuso berkata kepada wartawan selepas tamat perlawanan:

“Saya akan jujur dengan anda, mulanya saya ingat ia adalah tandukan daripada sudut pandangan saya di tepi padang. Namun selepas melihat satu lagi sudut, saya rasa gol itu harus dibatalkan.”

Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, Serie A adalah liga yang sudah menggunakan VAR. Kenapa insiden ini boleh berlaku? Kami uji mata anda pula. Ini adalah gol Cutrone, anda nilai pada pandangan anda.

Nampak seperti gol dengan tandukan deras bukan? Keadaan berlaku dengan sangat pantas. Lihat pula ini daripada sudut berbeza.

Gattuso tetap merasakan AC Milan berhak menang dalam perlawanan itu walaupun insiden itu membuatkan ramai yang merasakan AC Milan hanya sekadar bernasib baik.

Gattuso menyatakan yang AC Milan banyak mencipta peluang di dalam perlawanan tersebut. Adam Marusic menyamakan kedudukan untuk Lazio.

Namun Bonaventura meletakkan AC Milan kembali di hadapan dan seterusnya kekalkan kedudkan 2-1 sehingga tamat. Ini adalah kemenangan ke-3 berturut-turut AC Milan. Gattuso gembira dengan kemenangan hasil daripada aksi menarik.

“Kami gembira kerana menang ke atas pasukan yang hebat. Terima kasih kepada semua pemain yang bermain dengan baik hari ini.”

“Saya tak suka terus menyatakan ini adalah permulaan kebangkitan AC Milan (turning point). Kami harus memikirkan perlawanan demi perlawanan, tak kira apa jua situasi.”

“Kelab ini sudah banyak melabur wang untuk skuad ini, ada beberapa kesukaran berlaku, namun kini kami dalam keadaan psikologi yang baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN