AC Milan sekali lagi kecewa dengan keputusan di atas padang. Kali ini mereka gagal untuk menewaskan AEK Athens. Namun skuad Montella masih berada di tangga teratas dengan kelebihan 2 mata di hadapan AEK.
Dalam perlawanan menentang AEK pada awal pagi tadi, anak-anak buah Montella gagal menyempurnakan salah satu daripada 21 percubaan ke arah gol AEK.
Penyokong Milan yang masih lagi terasa dengan kekalahan di tangan Inter dan aksi kurang memuaskan di peringkat domestik terpaksa menerima hakikat yang pasukan mereka masih bergelut dengan prestasi.
Milan dijangka akan menang dalam perlawanan ini berdasarkan kualiti skuad mereka. Ianya penting untuk mereka kembali semula ke landasan untuk bersaing di semua peringkat.
Namun, AEK yang hampir menjaringkan gol lebih awal selepas kesilapan Musacchio. Malangnya Andre Simoes agak gugup untuk menyudahkan peluang terhidang.
Pada separuh masa kedua, AC Milan memperbaiki aksi mereka. Cutrone hampir menjaringkan gol pembukaan kepada mereka.
Milan terus bergelut untuk mendapatkan gol dalam perlawanan ini. Mereka menggandakan percubaan dari semua arah.
Tetapi jaringan yang dicari tetap tidak dapat. Sebelum ini mereka beraksi lebih baik berhadapan dengan Inter meskipun tewas. Mereka lebih karakter dalam perlawanan tersebut.
Montella dan Milan perlu mencari formula terbaik untuk memastikan mereka bangkit segera daripada terlalu lambat.