Sepakan Gunting Giroud Bernilai 3 Mata!

Arsenal meneruskan rentak cemerlang mereka dalam Europa League. Olivier Giroud melakukan sepakan gunting dalam darjah kesukaran tinggi. Beliau berjaya menyempurnakan peluang tersebut.

Arsenal sukar untuk mencipta peluang di dalam perlawanan ini. Mereka hanya melakukan 11 percubaan gol dan 6 sahaja percubaan tepat.

Pasukan tuan rumah agak tidak berdisplin. Mereka mengutip 3 kad kuning berturut-turut dalam perlawanan ini. Minit ke-80, Crvena beraksi 10 orang selepas Rodic dibuang padang.

Namun selepas perlawanan seakan-akan seri, Arsenal akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-85 menerusi aksi menarik Giroud.

Saksikan gol menarik itu di sini. Kredit juga kepada Jack Wilshere yang menjadi arkitek kepada gol ini. Hantaran Wilshere menggunakan tumit kepada Walcott memang menarik.

https://twitter.com/UtdOliver/status/921085307134599169

Kemenangan berharga ini meletakkan Arsenal terus mendahului kumpulan H dengan menang kesemua 3 perlawanan mereka setakat ini.

Ia juga menjadi tonik berharga untuk Arsenal untuk kembali fokus selepas tewas 2-1 di tangan Watford dalam perlawanan yang dihiasi dengan penalti kontroversi,

Dalam satu lagi perlawanan, Bate Borisov menewaskan FC Koln. Borisov menduduki tangga ke-2. Agak mengejutkan apabila Koln masih gagal mengutip sebarang mata dalam kumpulan ini.

Peminat Koln sudah pastinya panik! Buat masa ini, nampak sukar untuk mereka layak ke pusingan kalah mati.

Skuad Arsene Wenger selepas ini akan bertandang ke Goodison Park untuk perlawanan menentang Everton.

Olivier Giroud memastikan dirinya sebagai pakar jaringan lewat perlawanan. Statistik itu tidak menipu!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN