Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui yang beliau masih belum yakin dengan skuadnya adakah Arsenal sudah benar-benar kembali menyengat untuk musim baharu.
Masih segar dengan kejayaan merangkul FA Cup dan FA Community Shield,kejayaan awal yang diperoleh pengurus muda ini memberikan mimpi indah buat penyokong Arsenal mengenai nasib kelab dibawah kendaliannya.
Malah tidak keterlaluan untuk penyokong Arsenal berasakan kelab itu akan kembali kompetitif dalam usaha merebut kedudukan atasan Premier League musim ini.
Sungguhhpun begitu, Arteta berasakan yang masih banyak lagi yang perlu dilakukannya untuk mengembalikan Arsenal ke puncak bola sepak Inggeris.
“Masih lagi jauh perjalanan dan jurang [antara Arsenal dan pasukan utama PL] masih lagi ada. Adalah perlu untuk kami kurangkan jurang itu sebanyak boleh musim ini.”
“Saya rasakan ianya adalah pra-matang [kebangkitan Arsenal], adalah baik untuk memenangi trofi dan menukar banyak perkara di kelab dan masa depan dilihat lebih cerah,” kata Arteta menerusi laman Goal.
Arsenal dilihat aktif di pasaran perpindahan pemain apabila sering kali berusaha mendapatkan pemain-pemain baharu untuk menguatkan skuad mereka.
Houssem Aouar antara pemain yang begitu dikaitkan dengan Arsenal buat masa ini namun masih belum ada sebarang tanda-tanda pemain itu akan berhijrah dari kelab semasanya iaitu Olympique Lyonnais.
Arsenal bakal memulakan langkah mereka dalam Premier League musim ini dengan berdepan Fulham di Craven Cottage.