Mido: Mohamed Salah Telah Lakukan Kesilapan Besar

Mohamed Salah
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Mohamed Salah yang dikesan positif COVID-19 selepas dikatakan tidak mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) ketika majlis perkahwinan adiknya telah mendapat kritikan daripada bekas penyerang skuad kebangsaan Mesir, Mido.

Susulan video daripada aplikasi ‘TikTok’ yang tular di media sosial tempoh hari, Salah dilihat menari keriangan tanpa memakai pelitup muka serta turut tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Susulan dengan keputusan positif itu, Salah terpaksa diketepikan daripada skuad Mesir bagi menghadapi dua perlawanan bertemu Togo dalam kempen Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika yang mana kedua-dua perlawanan itu berjaya dimenangi oleh Mesir.

Bagaimanapun, Mido jelas berang dengan tindakan Salah yang disifatkannya sebagai boleh mendatangkan bahaya buat kesihatan rakan sepasukannya.

”Saya tahu bahawa saya akan diserang [oleh peminat] setelah membuat komen seperti ini, tetapi pendapat ini perlu untuk diutarakan.”

”Mohamed Salah telah melakukan kesilapan besar dengan menghadiri majlis perkahwinan adiknya hanya beberapa hari sebelum perlawanan melibat skuad kebangsaan Mesir. Dia begitu lalai dan mengabaikan langkah-langkah pencegahan virus corona.”

”Berikutan dengan itu, dia kini telah disahkan dijangkiti [COVID-19],” ujar Mido menurut laporan Goal.

”Kelalaian Salah itu telah membuatkan skuad Mesir kehilangan pemain tonggak pada perlawanan yang penting. Dia juga turut mendatangkan risiko buat rakan sepasukannya.”

”Dia tidak seharusnya hadir ke majlis perkahwinan adiknya itu, terutamanya pada ketika ini. Majlis itu dihadiri lebih 800 orang dan separuh daripadanya bersalaman dan memberikan ciuman kepada Salah.”

”Perkara lain di sini ialah pihak bertanggungjawab yang hanya diam apabila pemain itu lalai, di mana ia membuktikan bahawa pemain lebih besar daripada skuad kebangsaan dan ini akan menyebabkan kegagalan besar buat pasukan,” tambah Mido lagi.

Kredit featured image: Mohsen Nabil/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Salah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN