Quantcast

BERITA

Daripada Pembenci Islam, Seorang Penyokong Di England Menjadi Muslim Kerana Mohamed Salah

Anda ada sedikit masa untuk membaca kisah menarik tentang bagaimana Mohamed Salah secara tidak langsung telah berdakwah dengan bola sepak dan mengislamkan salah seorang penyokong bola sepak di England.

Beliau bukan penyokong Liverpool sekalipun, tetapi penyokong Nottingham Forest. Satu artikel dikongsikan oleh The Guardians UK, pengakuan seorang lelaki yang bernama Ben Bird. Beliau pemegang tiket bermusim pasukan kesayangannya, Nottingham Forest.

Ikuti perkongsian beliau:

“Mohamed Salah benar-benar inspirasi saya. Saya penyokong Nottingham Forest dan pemegang tiket bermusim, saya masih saya yang dahulu, tetapi saya nak membuat pengakuan bahawa saya sudah memeluk Islam, dan saya adalah seorang muslim.”

“Saya akan sangat gembira jika berkesempatan bertemu dengan beliau [Mohamed Salah] dan mahu bersalaman dengannya sambil berkata “Cheers” atau “Shukran”.”

“Saya rasa tak ramai rakan saya percaya saya kini seorang muslim kerana saya tidak banyak berubah dalam kehidupan seharian. Saya cuma merasakan, hati saya menjadi lebih baik.”

“Saya sedang berusaha mengubah kehidupan saya terutama pada hari perlawanan. Biasanya, kami akan berada di pub, bertaruh, dan selepas tamat perlawanan, lepak semula di pub. Dan ketika itu anda akan merasakan, anda banyak sekali membuang duit.”

“Amat sukar untuk mengubahnya, kerana ia sudah menjadi budaya yang kita terbiasa, sebahagian daripada amalan ramai peminat bola sepak di sini.”

“Saya malu untuk berkongsi pandangan saya tentang Islam satu ketika dahulu.”

“Ini kerana dahulu saya anggap Islam adalah agama dan budaya untuk orang yang mundur. Mereka tidak berintergrasi dan mahu menguasai dunia. Saya sentiasa melihat orang muslim seperti gajah di dalam bilik. Saya sangat bencikan Islam.”

“Ketika saya tingkatan enam, ia adalah satu tempoh di mana saya fikir saya memerlukan seseorang untuk dipersalahkan atas nasib malang saya.”

“Tidak semena mena umat Islam menjadi sasaran kerana saya dengan cepat mendapat helaian media sayap kanan. Mereka ‘brainwashed’ otak saya dengan menghantarkan sisipan propaganda yang panjang.”

“Walaupun saya ada pandangan yang sangat buruk tentang Islam. Saya tak pernah menyatakannya terbuka kepada mereka yang beragama Islam. Pada ketika itu saya tak kenal seorang pun muslim dalam kehidupan seharian.”

“Saya mengambil ijazah dalam bidang Pengajian Timur Tengah di Universiti Leeds. Ini telah telah mengubah segala-galanya.”

“Kami terpaksa melakukan satu kajian dan saya mahu melakukan sesuatu yang sedikit berbeza.”

“Saya masih ingat seorang tutor disleksia yang mencadangkan saya: ‘Bagaimana dengan lagu Mohamed Salah’. Saya menyedari akan lagu itu, masa itu, dan saya fikir ia hebat tetapi saya tidak menganggapnya dalam istilah tersebut [hebat].”

“Saya akhirnya mendapat satu persoalan: ‘Mohamed Salah, satu anugerah dari Allah. Adakah persembahan Mohamed Salah di atas padang telah mencetus perbincangan dan membanteras Islamofobia di kalangan media dan sfera politik’.”

“Lagu penyokong Liverpool – mereka menyanyikannya dengan sangat baik – termasuk satu rangkap -‘If he scores another few then I’ll be Muslim too’. Ayat ini secara tersuratnya telah menyentuh hati saya.”

“Saya adalah tipikal pelajar kulit putih yang duduk di bandar lain dan sangat sukar hidup sebagai pelajar. Ijazah pertama saya adalah mempelajari tentang Islam dalam sudut akademik.”

“Universiti telah memberikan saya sokongan dan membantu saya berjumpa dengan ramai pelajar dari Arab.”

“Saya ketika itu menganggap mereka ini seperti iblis yang membawa pedang bersama mereka.”

“Namun hakikatnya mereka adalah orang yang sangat baik. Persepsi dan konsepsi yang disemai pada diri saya tentang orang Arab ternyata tidak betul sama sekali.”

“Mohamed Salah merupakan orang muslim yang pertama yang saya boleh kaitkan dengan sifat sebenar orang Islam dan Arab. Saya melihat cara beliau membawa diri, cara beliau bercakap dengan orang lain.”

“Kemudian pada minggu seterusnya saya terlihat berita tentang beliau mengambil gambar dengan seorang penyokong Liverpool yang patah hidung kerana mengejarnya.”

“Saya tahu Ramai pemain bola sepak lain akan melakukan perkara yang sama namun anda tidak menyangka bahawa Mohamed Salah akan sanggup berbuat demikian.”

“Di universiti saya ada menemuramah beberapa orang pelajar dari Mesir. Dan apabila mereka mendapat tahu saya membuat satu kajian bertajuk: ‘Mohamed Salah, a gift from Allah’ – dan juga lagu daripada penyokong Liverpool – mereka sanggup meluangkan masa berjam-jam bercakap dengan saya.”

“Itu sudah cukup untuk membuktikan betapa hebatnya insan yang bernama Mohamed Salah.”

“Kira-kira sejuta rakyat Mesir melakukan undi rosak dengan ‘mengundi’ untuk Mohamed Salah – dalam pilihanraya presiden tahun lalu.”

“Salah seorang daripada orang Mesir memberitahu saya bahawa Salah telah memberikan gambaran yang sebaiknya tentang apa yang diajar oleh Islam. Beliau mengikuti ajaran Islam dengan betul. Beliau juga percaya bahawa Mohammed salah telah membuatkan ramai orang kembali mesra dengan Islam.

“Itu sangat menyentuh hati saya. Saya mulai merasakan setiap kali Salah menjaringkan gol beliau menjaringkan gol untuk agamanya.”

“Ketika beliau memenangi Liga Juara-Juara Eropah, saya memberitahu rakan saya itu adalah kemenangan untuk Islam. Ini kerana dalam setiap gol, Mohamed Salah sentiasa meraikannya dengan sujud – yang menjadi salah satu simbol kepada Islam di mata dunia.”

“Anda bayangkan berapa juta orang peminat EPL di seluruh dunia menyaksikan beliau bersujud setiap kali menjaringkan gol setiap minggu?”

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 10: Mohamed Salah of Liverpool celebrates scoring the first Liverpool goal with Sadio Mane of Liverpool during the Premier League match between Liverpool and Everton at Anfield on December 10, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Salah menunjukkan kepada saya bahawa kamu boleh menjadi seorang manusia biasa dan juga seorang muslim. Rasanya itu frasa paling tepat. Anda boleh menjadi diri sendiri walaupun anda muslim.”

“Beliau seorang pemain yang hebat dan disegani serta dihormati oleh komuniti bola sepak, tidak kira apa pandangan politik dan juga agamanya. Dalam bolasepak semua itu tidak penting.”

“Apabila anda membaca Al-Quran atau membaca tentang Islam, anda akan mendapati ianya jauh berbeza dengan apa yang kerap disebarkan oleh media.”

“Saya masih baru dalam komuniti Islam dan masih belajar. Ianya agak sukar kerana ianya perubahan pada gaya hidup.”

“Apa yang saya akan katakan kepada Ben yang dahulu? Saya akan kata: “Sampai hati kamu berfikir begitu [negatif] kepada manusia yang hidup dalam diversiti. Kamu harus sedar kita hidup dalam pelbagai agama, kepercayaan dan pelbagai bangsa.”

“Musim lalu ada segelintir penyokong Chelsea yang menyanyikan ‘Salah is a bomber’. Itulah kali pertama di media sosial saya gunakan hak bersuara. Saya sedih kerana saya seorang kaki banter dalam bola sepak. Namun itu melampau dan tak betul.”

“Sekarang saya mahu berpesan pada semua kanak-kanak Muslim, Jangan takut untuk hadir ke perlawanan bola sepak. Saya rasa isu ini kena tangani daripada kedua dua belah pihak. Mereka [orang Islam] saudara saya dan saya juga enggan kehilangan rakan saya hanya kerana perkara tidak sepatutnya.”

“Komuniti ini perlu merebut peluang, bermain bola sepak, pergi ke perlawanan ke bola sepak. Terserah kepada kita untuk menyedari bahawa kita perlu berada dalam pihak yang sama dalam perkara ini. Dan jurucakap terbaik untuk semua ini, boleh jadi, Mohamed Salah.”