Datuk Lee Chong Wei Bangga Pengiktirafan Daniel James

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa bangga beliau selepas bintang muda Manchester United, Daniel James meluahkan kekaguman beliau terhadap bekas pemain badminton itu.

Kedua-dua bintang sukan itu bertemu ketika Manchester United berkunjung ke Singapura sebelum bermulanya musim Liga Perdana Inggeris pada Ogos lalu.

Namun pada ketika itu, James tidak menyedari idola badminton beliau turut berada di dalam barisan untuk mendapatkan autograf beliau.

“Saya sebenarnya telah memberikannya autograf. Saya menandatanganinya tetapi barisan terlalu panjang, jadi saya tidak melihatnya dengan jelas dan tidak perasan bahawa itu adalah dia.” kata Daniel James kepada Adam Carruthers, dalam siaran Astro Supersport.

“Saya mungkin akan menegurnya dan berbual dengannya.”

Dalam temuramah tersebut, James turut menyebut mengenai kekaguman beliau akan pencapaian Lee Chong Wei di dalam sukan badminton.

Apa yang dikatakan oleh James ternyata benar. Hari ini, Chong Wei melakukan satu ciapan di akaun Twitter menunjukkan gambar beliau antara yang berada di antara peminat yang mendapatkan autograf pemain tersebut.

“Ia satu penghormatan besar untuk mendengar Daniel James bercakap mengenai perkenalan kami di temubual bersama Adam Carruthers.

“Ini adallah gambar dimana kami berselisih ketika mendapatkan tandatangan beliau. Ia adalah perkara hebat bagaimana sukan boleh menjadi penghubung,” ujar Chong Wei.

Manchester United mungkin mengalami kesukaran di kempen mereka musim ini. Namun prestasi James adalah antara perkara positif yang menggembirakan penyokong Manchester United seperti Datuk Lee Chong Wei.

Setakat ini James tampil dalam semua tujuh perlawanan liga, dan menjaringkan tiga gol untuk skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

 

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda