Michy Batshuayi Nafi Tertawakan Morata Kerana Gagal Jaringkan Penalti

Telah tular satu klip di mana pemain yang menjaringkan gol kejuaraan EPL untuk Chelsea, Michy Batshuayi dilihat ketawa di belakang Morata.

Ramai menganggap Batshuayi mentertewakan Morata yang gagal menyempurnakan penalti.

https://twitter.com/ezrelaja/status/894221391372972032

Ada peminat yang mengecam tindakan Batshuayi yang dituduh menganggap kegagalan Morata itu sebagai satu jenaka. Pemain tersebut menafikan yang dia mentertawakan Alvaro Morata. Batshuayi hairan kerana ramai yang percaya dengan cerita ‘click bait’ seperti itu. Beliau berkata:

“Wow, LOL, ada orang benar-benar percaya yang saya mentertawakan rakan sepasukan dan pasukan kami yang kalah? Maaflah, saya tahu semua kecewa tetapi saya tidak sesekali melakukannya (mentertawakan Morata).”

Beliau juga membidas dakwaan yang beliau rasa tidak selamat (insecure) dengan kehadiran Morata di dalam pasukan Chelsea akan membuatkannya sukar untuk menjadi pemain utama.

“Saya menikmati mana-mana gol yang dijaringkan pemain kami, itu perkara yang anda harus tahu. Selamat menikmati hari yang diberkati.”

Namun begitu, Batshuayi menghargai kritikan yang dilemparkan oleh beberapa peminat yang menegurnya agar tidak ketawa pada masa yang tak kena.

Ini kerana, dalam keadaan pertarungan penentuan sepakan penalti, setiap pemain seharusnya serius, lebih-lebih lagi ketika pasukan sedang ketinggalan.

Chelsea tewas 4-1 di dalam penentuan penalti tersebut di tangan seteru se-London mereka Arsenal. Ini sekaligus menyaksikan Chelsea tewas 3 perlawanan berturut-turut dalam perlawanan Perisai Komuniti.

Arsenal pula menjuarai Perisai Komuniti untuk kali ke-15, meyamai rekod Liverpool. Hanya Manchester United melakukannya lebih banyak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN