Sergio Ramos Anggap Mourinho Jurulatih Biasa Jika Dibandingkan Dengan Zidane

Secara peribadinya Sergio Ramos berpendapat Zinedine Zidane lebih baik daripada Jose Mourinho. Ini kerana pengendali dari Perancis itu lebih baik dalam mengendalikan bilik persalinan di Real Madrid.

Sergio Ramos berpendapat, Jose Mourinho bukanlah jurulatih yang benar-benar membantu mengubah karier beliau ketika di Real Madrid. Zidane juga banyak membantu para pemain untuk lebih berjaya.

Adakah Ramos sedang bermain perang saraf sebelum sepak mula UEFA Super Cup? Ini kerana Jose Mourinho akan bertemu bekas kelab yang beliau uruskan, Real Madrid dan Ramos adalah kapten.

Sebelum ini, Mourinho juga memberikan satu komen yang tidak disenangi oleh Zidane. Jose Mourinho memberikan amaran, jika Bale tidak diturunkan dalam final UEFA Super Cup, Jose Mourinho akan berusaha membawa Bale ke Old Trafford.

Jose Mourinho membantu Real Madrid menjuarai La Liga pada 2011/12 sepanjang 3 musim di sana. Namun cara pengurusan beliau membuatkan ramai pemain bintang tidak menyenangi beliau.

Pepe, Ramos, Casillas termasuk Cristiano Ronaldo antara bintang yang kurang selesa dengan cara Mourinho.

Bercakap kepada wartawan Ramos memberitahu yang Zidane lebih baik, buktinya beliau membantu Real Madrid menjuarai UCL 2 tahun berturut-turut dan pada masa yang sama memenangi kejuaraan La Liga setelah 5 tahun tidak menjulangnya.

“Pada pandangan saya, apabila paukan menukar jurulatih, secara tidak langsung, pasukan pun akan berubah kerana sistem, taktik dan personaliti setiap jurulatih adalah berbeza.”

“Seorang jurulatih tidak perlu cuba menjadi lebih baik daripada yang lain kerana mereka ada kelebihan masing-masing.”

“Zizou sangat bagus dalam memahami suasana di bilik persalinan kerana beliau bekas pemain kelab ini. Itu adalah satu kelebihan bagi beliau. Saya percaya kedua-dua mereka jurulatih yang hebat.”

“Kami bernasib baik dapat merasai detik bersejarah bersama Zizou.”

Wartawan bertanya, adakah Mourinho memberikan kesan paling besar dalam karier Ramos selepas jurulatih Portugis itu menukar Ramos dari bek kanan ke bek tengah? Ramos berkata:

“Saya tidak rasa ia memberikan kesan kepada karier saya. Mourinho cuma jurulatih biasa dalam karier saya. Saya banyak belajar bola sepak daripada jurulatih lain sebelum itu di Sevilla.”

“Ya, saya rasa berterima kasih untuk itu (pertukaran posisi), tetapi saya tidak rasa Mourinho telah menjadi individu yang mengubah hidup saya dalam bola sepak.”

Ditanya sama ada benar United pernah cuba mendapatkan beliau pada 2015? Ramos mengakui akan hal itu.

“Dahulu saya pernah berpeluang menyertai United, namun situasi saya ketika itu dapat diselesaikan dengan cara lain.”

“Saya gembira kerana pernah dikehendaki oleh Manchester United pada satu ketika dahulu. Tetapi hari ini, kita musuh dan akan bertarung untuk menang.”

Sumber

Four Four Two – https://www.fourfourtwo.com/us/news/mourinho-just-another-coach-ramos-compares-zidane-favourably-manchester-united-boss

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN