Michael Essien Intai Peluang Beraksi Dalam Liga Malaysia

Indra Putra

Bulan lepas, bekas pemain bintang Chelsea dan pemain antarabangsa Ghana, Michael Essien telah dilepaskan oleh kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung.

Essien merupakan antara pemain marquee signing Liga 1 Indonesia pada musim lalu yang menjadi tumpuan oleh media Indonesia dan luar negara.

Namun, teka-teki mengenai masa depan pemain itu masih belum diketahui selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Persib Bandung.

Walaubagaimanpun, beliau masih mempunyai kontrak selama setahun dengan kelab Persib Bandung. Pada usia 35 tahun, Essien enggan gantung but dan mahu terus beraksi selagi masih terdaya.

Menurut laporan daripada media Indonesia, Tribunnews, Essien dikhabarkan sedang mengintai peluang untuk berhijrah ke Malaysia dan beraksi dengan mana-mana kelab dalam saingan Liga Malaysia.

Beliau turut mengakui masih belum menemui kelab baharu dan masih dalam perbincangan dengan beberapa kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Ini belum berakhir. Saya memang sedang berbincang dengan kelab lain. Saya masih ingin bermain bola sepak dalam beberapa tahun lagi sebelum bersara,” katanya.

 (Photo credit STR/AFP/Getty Images)

Essien juga tidak menolak akan bermain dalam Liga Malaysia jika terdapat tawaran rasmi daripada kelab dari negara ini.

“Jika ada kelab Malaysia yang menginginkan khidmat saya, kami akan bertemu dan berbincang dahulu. Kita lihat saja apa yang akan terjadi,” kata Essien lagi.

Untuk rekod, Essien tampil sebanyak 29 kali dan menjaringkan 5 gol untuk Persib Bandung dalam saingan Liga Indonesia pada musim lalu.

Khabar angin turut bertiup kencang mengatakan Essien bakal menyertai Bali United selepas meninggalkan Persib Bandung. Namun, perpindahan itu sampai sekarang masih belum menjadi kenyataan.

Essien memulakan kerjaya professional beliau ketika beraksi dalam Liga Ghana bersama Akademi Liberty pda tahun 1998 hingga 1999.

Setahun kemudian, beliau terbang ke Perancis dan menyertai pasukan Basta pada tahun 2000 hingga 2003 serta Olympique Lyon pada tahun 2003 hingga 2005.

Nama Essien terus menjadi popular setelah menyertai kelab gergasi London, Chelsea pada tahun 2005 dan menjadi tonggak utama pasukan itu. Beliau juga sempat dipinjam ke kelab gergasi sepanyol, Real Madrid pada tahun 2012 hingga 2013.

Dengan status Essien sebagai antara bintang bola sepak terkemuka dunia, apakah dia sebenarnya boleh menjadi pemain “Marquee” yang dicari-carikan oleh mana-mana pasukan di Liga Malaysia?

Jika benar Essien menyertai pasukan di Malaysia, Liga Malaysia sekali lagi pasti akan menjadi tumpuan media luar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN