Michael Edwards Tak Akan Khianati Liverpool Demi Sertai Man United

Michael Edwards
Slot values 'important' win over Wolves going into tough week Loading official content
Slot values 'important' win over Wolves going into tough week
Arne Slot was delighted with the mental resilience his Liverpool FC side displayed in the ‘important’ 2-1 victory over Wolverhampton at Anfield.
0 seconds of 38 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Guardiola highlights Marmoush's great performance in Newcastle win
01:04
00:00
00:38
00:38
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Guardiola highlights Marmoush's great performance in Newcastle win Borneo's first training session at Segiri after stadium renovation Spurs fans celebrate Son's olympic goal vs Man United Toney scores fantastic header against Ronaldo's Al-Nassr The King visits Tottenham Hotspur and meets Heung-min Son PSG outfield players show their heading and goalkeeping skills Memphis Depay's magical control and assist against Neymar's Santos Bellingham’s winning goals in added time since joining Real Madrid Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Jika anda seorang penyokong Liverpool, pastinya nama Michael Edwards akan sentiasa ada dalam ingatan bukan?

Beliau mungkin bukanlah wira yang menjaringkan ratusan gol atau menyelamatkan pelbagai percubaan lawan untuk The Reds, sebaliknya kewujudan Edwards sebagai pengarah sukan di Liverpool adalah menjadi tulang belakang kejayaan kelab itu.

Kerana beliau, Liverpool berjaya membawa masuk pelbagai pemain cemerlang dan hasilnya mereka berjaya menikmati kejayaan domestik dan Eropah dibawah kendalian Jurgen Klopp.

Kini tidak lagi bersama-sama Liverpool, Edwards dikaitkan pula untuk menjawat jawatan yang sama bersama musuh tradisi mereka iaitu Manchester United.

Berita yang ini pastinya tidak disenangi oleh penyokong Liverpool memandangkan kualiti yang ada pada Edwards akan memberikan manfaat buat United.

Namun jangan risau, sebenarnya itu adalah khabar angin sahaja. Edwards tidak akan sertai United.

Sebaliknya, beliau dijangka akan menyertai Chelsea dengan kelab London itu mahu mendapatkan beliau sebagai ketua pegawai eksekutif bola sepak (CEO of football) bagi The Blues.

Menurut Melissa Reddy, Edwards ditawarkan oleh pemilik Chelsea, Todd Boehly dengan jawatan tersebut dengan menyaksikan beliau akan memperoleh kuasa yang lebih luas berbanding pengarah sukan.

Chelsea dikatakan sudah bersedia untuk mendapatkan Edwards pada bila-bila masa. Namun begitu, Edwards sendiri memilih untuk tidak terburu-buru kerana masih sedang dalam cuti rehat.

Edwards dikatakan cukup tertarik dengan tawaran itu serta berminat untuk menjadi sebahagian daripada projek evolusi kelab Chelsea yang dilakukan oleh Boehly.

Walaupun dalam kontrak dengan Liverpool tidak tertera klausa “dilarang menyertai Manchester United”, namun Edwards sendiri sedar tindakannya akan mengundang rasa tidak senang penyokong The Reds jika itu menjadi realiti.

Edwards tidak akan khianati Liverpool.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN