MFL Umum Tarikh Pendaftaran Pemain Liga M Musim 2020

MFL baru sahaja mengeluarkan tarikh penting untuk para pasukan tanda. Ini kerana tarikh tersebut berkaitan dengan tempoh pendaftaran pertama para pemain bagi Liga Super dan Liga Premier bagi musim 2020.

Musim 2020, akan bermula pada 28 Februari tahun hadapan. MFL sudah mengumumkan bahawa tarikh itu dipilih kerana mereka mahu memastikan setiap pasukan mengikuti ECP.

Dalam pada kemeriahan menyusun atur strategi pra musim, setiap pasukan perlu memastikan kewangan mereka di tahap standard berdasarkan kehendak ECP.

ECP merupakan satu mekanisme di mana setiap pasukan harus mematuhi kawalan kewangan dan ekonomi berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh MFL.

Pendaftaran pemain adalah tempoh setiap pasukan boleh membawa masuk ataupun mengeluarkan nama pemain daripada pasukan mereka.

MFL telah menyelaraskan tempoh pendaftaran pemain yang pertama untuk Liga Super 2020. Di mana setiap pasukan perlu mendaftarkan pemain mereka pada 16 Januari sehingga 15 Mac 2020.

Setiap pendaftaran itu perlulah ada dokumentasi yang betul untuk melancarkan proses pendaftaran pemain ke dalam pasukan.

Diharap setiap pasukan dapat melakukan proses ini dengan sebaik mungkin. Kini, masing-masing sedang rancak membawa masuk nama-nama baharu untuk menguatkan pasukan masing-masing.

Semoga urusan setiap pasukan berjalan dengan lancar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN