Sebentar sahaja tadi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah pun mengumumkan harga tiket bagi aksi final Piala FA 2022 yang bakal berlangsung pada 10 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Tanda tanya para penyokong sebelum ini mengenai harga tiket yang bakal diperkenalkan oleh MFL telah pun terjawab setelah mereka mengumumkannya di laman web rasmi sebentar tadi.
MFL hari ini mengumumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 di antara Terengganu FC dan JDT pada 10 September ini jam 9.00 malam.
Baca lanjut ➡️ https://t.co/t2UfUOGcO2#PialaFA2022 pic.twitter.com/ATevEIfWHt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 16, 2022
Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL telah pun menyenaraikan harga tiket bagi aksi final tersebut dengan harga lama masih dikekalkan seperti final Piala Malaysoa tahun lalu.
Untuk harga tiket bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baru VIP Grandstand RM200.
“MFL telah menetapkan empat ‘tier’ harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 di mana MFL masih mengekalkan harga General Admission RM50 dan RM70 serta Premium Grandstand RM150 meskipun saban tahun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran.
“Bagaimanapun bagi kali ini, MFL memperkenalkan tiket VIP Grandstand yang berharga RM200. Empat ‘tier’ tiket ini bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong-penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan final itu nanti,” jelas beliau menerusi laman web MFL.
Pada masa sama, organisasi tersebut turut mengumumkan kuota sebanyak 78,000 tiket bakal dijual aksi final Piala FA tahun ini untuk kedua-dua penyokong.
Untuk pembahagian jualan tiket, MFL bakal menyerahkan urusan tersebut kepada kepada wakil pasukan untuk dijual kepada para penyokong sebelum final ini.
Tujuan perkara tersebut dibuat supaya tiket yang dijual kepada penyokong mendapat hak sama rata dan adil bagi mengelakkan sebarang isu timbul.
Aksi final ini dijangka bakal menjanjikan sesuatu yang hebat kerana kedua pasukan yang bakal bertanding ini mempamerkan momentum terbaik dalam persaingan Piala FA sebelum itu.
📹 HIGHLIGHTS: @FCTerengganu 1-2 @OfficialJohor
JDT meneruskan rentak kemenangan menerusi jaringan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri, manakala Hakimi Abdullah membalas untuk Terengganu FC.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/4IlNYYKJPl
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 10, 2022
Peluang untuk Terengganu atau Johor Darul Ta’zim (JDT) memperoleh gelaran juara musim ini juga dilihat sangat terbuka kerana kedua pasukan mempunyai kekuatan tersendiri.
JDT tampil ke final setelah kejayaan mereka membenam cabaran Penang sebelum itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan keputusan 6-1.
Sementara lawan mereka Terengganu pula, mereka berjaya mengetepikan cabaran sengit daripada Selangor menerusi aksi penentuan penalti di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.