MFL Umum Agihan Tiket Final Piala Malaysia, Perak Sahkan 7 Tempat Penjualan

Stadium Shah Alam

MFL umum agihan tiket final Piala Malaysia 2018. MFL (FMLLP) juga mengumumkan bahawa ada 72,000 unit tiket untuk dijual kepada para penyokong Perak dan Terengganu.

Ada 2 jenis tiket dijual. Tiket fizikal dan juga tiket yang dibeli di atas talian. Harga tiket dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza.

Tiket fizikal

Final Piala Malaysia 2018 akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam pada 27 Oktober ini.

Untuk penyokong dewasa 30,000 tiket final Piala Malaysia untuk penyokong Perak dan 30,000 lagi untuk penyokong Terengganu.

Keseluruhannya berjumlah 60,000 tiket fizikal untuk dewasa bagi kedua-dua pasukan.

Manakala untuk penyokong kanak-kanak hanya tersedia 750 tiket untuk setiap pasukan ataupun keseluruhannya 1,500.

Harga tiket adalah RM50.00 untuk dewasa dan hanya RM5.00 untuk kanak-kanak.

Tiket atas talian

Untuk pembelian online, boleh dibuat di: Tiket Hotline. 

Namun buat masa ini MFL masih belum memberikan tarikh dan masa. Pada 9.30 malam tadi kami sudah ke pautan itu, masih belum ada penjualan tiket final Piala Malaysia 2018.

Anda perlu mengikuti kemaskini mereka dari masa ke semasa dan bersedia dengan kemaskini di lama web www.tikethotline.com.my

Penebusan tiket online adaah pada 26 dan 27 Oktober 2018 di Stadium Shah Alam bermula dari 10 pagi. Jumlah tiket online hanya terhad kepada 10,000 dewasa dan 500 kanak-kanak dengan jumlah harga yang sama dengan tiket fizikal.

Pembelian online hanya dihadkan kepada 4 tiket untuk setiap pembeli.

Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd juga mencadangkan agar persatuan bola sepak kedua-dua pasukan turut menggunakan cawangan Al Ikhsan untuk menjual tiket.

Beliau berkata kepada Berita Harian:

“Perkara baru yang kita cuba laksanakan adalah kerjasama bersama syaikat Al-Ikhsan. MFL mencadangkan kepada pasukan jika ingin menggunakan cawangan Al-Ikhsan sebagai satu platform penjualan tiket.”

“Mungkin dengan cara itu penyokong tidak hanya menumpukan stadium di Perak dan Terengganu, malah ia juga menyenangkan penyokong di Lembah Klang untuk mendapatkan tiket.”

“Tarikh dan masa penjualan tiket online kita akan maklumkan kemudian. Perak akan mulakan penjualan pada pagi Khamis ini, cuma Terengganu masih belum diputuskan.”

Perak sudah mengumumkan 7 daerah untuk menjual tiket secara fizikal. Manakala Terengganu buat masa ini masih belum mengumumkannya.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyatakan yang penyokong Perak boleh mula membeli tiket di Tanjung Malim pada Khamis ini bermula dari 10 pagi sehingga 2 petang.

Beliau menambah lagi:

“Bagi di Stadium Perak, Ipoh, kita akan mula jualan pada Jumaat dari jam 9 pagi hingga habis tiket. Penyokong di Lembah Klang yang ingin dapatkan tiket juga boleh terus menghubungi kami.”

Anda boleh bantu kongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda untuk makluman mereka yang mahu membeli tiket final Piala Malaysia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN