EFL Championship: Penyokong Leeds United Bergaduh Sesama Sendiri

Kebiasannya kejadian penyokong bergaduh akan melibatkan dua pasukan yang berlainan. Sehinggakan ada yang kehilangan nyawa dan harta benda.

Tetapi bagaimana jika penyokong dari satu pasukan bergaduh sesama sendiri? Bukan bertikam lidah di laman sosial, sebaliknya di stadium.

Tular

Kejadian memalukan ini telah berlaku pada perlawanan EFL Championship hujung minggu lalu. Perlawanan antara Blackburn Rovers menentang Leeds United di Ewood Park telah menjadi saksi adegan ini.

Dilaporkan dua penyokong Leeds United telah bergaduh sesama sendiri. Kejadian itu menarik perhatian pihak polis lantas menahan mereka.

Malah, ada segelintir penyokong Rovers ketawakan penyokong pasukan lawan. Ada juga yang sempat merakam video di mana polis menahan penyokong Leeds tersebut.

Video itu telah dimuat naik ke laman Twitter dan menerima 18 ribu tontonan di Internet. Pihak polis memberitahu majoriti penyokong Leeds yang berkunjung ke Ewood Park berkelakuan baik.

Bengang

Kejadian itu sebenarnya seiring kekalahan Leeds United secara mengejut. Sebelum perlawanan tersebut, mereka berada di kedudukan pertama dalam carta EFL Championship.

Blackburn mendahului perlawanan seawal minit kedua melalui gol Danny Graham. Kemudiannya Mateusz Klich menyamakan kedudukan pada minit kecederaan separuh masa pertama.

Darragh Lenihan menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-70. Leeds tewas kepada Blackburn melalui skor dua gol berbalas 1.

Akibatnya, Leeds tergelincir ke tangga keempat liga. Kekalahan ini menyebabkan pengurus mereka Marcelo Bielsa dalam tekanan kerana hanya menang sekali selepas 5 perlawanan terakhir liga.

Kedudukan EFL Championshp 2018/19 selepas 13 perlawanan. Sumber: BBC.

Middlesbrough kini mendahului carta EFL Championship dengan mengutip 25 mata selepas 13 perlawanan. Boro telah memenangi 7 perlawanan dan seri 4 kali setakat ini.

Sheffield United berkongsi 25 mata namun dipisahkan dengan kutipan defisit gol. Berbeza dengan Boro, Blades memenangi 8 perlawanan dan seri sekali sahaja setelah mengharungi 13 perlawanan.

Penutup

Kejadian luar jangka sebegini perlu diambil iktibar. Keselamatan dan disiplin sesama para penyokong perlu dijaga supaya keseronokan menonton perlawanan itu sentiasa wujud.

Jika ada penyokong bergaduh, kita pun tak selesa nak menonton kan? Walaupun di kaca TV!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN