MFL Tarik Balik Tuntutan Saman Terhadap TM

PETALING JAYA, 14 OKTOBER: Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan untuk menarik balik tuntutan saman terhadap Telekom Malaysia (TM) berhubung isu pembayaran hak penyiaran Liga Malaysia.

Keputusan menarik balik tuntutan saman melalui notis pemberhentian yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 21 Mac lalu itu dibuat menerusi persetujuan bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang menyatakan bahawa tindakan menarik balik saman terhadap TM berkaitan pembayaran hak penyiaran membuktikan semangat kesukanan tinggi yang terjalin di antara pengendali Liga Malaysia dengan syarikat gergasi telekomunikasi negara itu.

“Saya mengesahkan bahawa MFL telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan saman terhadap TM selepas mencapai persetujuan dengan kesemua barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“TM bukan satu entiti yang asing dalam dunia bola sepak tempatan. Mereka telah bersama dengan MFL pada 2015 ketika itu dikenali sebagai Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan menjadi penaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak 2000.

“Bukan itu sahaja, kita juga mengakui sumbangan TM yang turut aktif dalam menggerakkan pelbagai program pembangunan bola sepak tanah air.

“Justeru, tindakan MFL menarik balik saman terhadap TM berkaitan isu pembayaran hak penyiaran Liga Malaysia musim 2019 membuktikan semangat kesukanan di antara MFL dan TM di mana saya percaya kita boleh mencari titik persamaan demi kebaikan bersama.

“Malah saya optimis bahawa situasi ini akan menjadikan hubungan MFL dan TM terjalin lebih utuh di mana saya percaya peminat-peminat bola sepak mahu melihat suasana kondusif dapat diwujudkan sekali gus memberikan mesej bahawa syarikat korporat perlu bergerak seiring dalam memajukan bola sepak negara,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN