MFL Sekat Lesen Kelantan Untuk Saingan Musim 2024-2025

Kelantan terus ditimpa nasib malang untuk saingan musim hadapan, selepas lesen pasukan tersebut masih disekat oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan dinyatakan secara rasmi oleh badan berkenaan.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh MFL, Lesen Kebangsaan buat pasukan tersebut akan diberikan jika Kelantan menyelesaikan segala tunggakan gaji atau memberi persetujuan bersama kepada pemain serta pegawai pada 15 November 2023 lalu kepada FIB.

Namun, wakil FIB menyatakan mereka langsung tidak menerima sebarang bukti pembayaran atau persetujuan bersama membabitkan pemain serta pegawai pasukan tersebut selepas tarikh tersebut.

“Justeru, sebagai langkah pertama, FIB mengarahkan Kelantan FC untuk menyelesaikan bayaran tunggakan atau menyerahkan persetujuan bersama pemain dan pegawai pada 15 November 2023.

“Namun setelah tarikh akhir 15 November 2023, pihak FIB tidak menerima sebarang bukti bayaran ataupun persetujuan bersama permain dan pegawai sebaliknya hanya menerima rayuan lanjutan masa,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh MFL.

Disebabkan itu, Kelantan menerima denda sebanyak RM20,000 kerana gagal mematuhi ketetapan masa yang telah diletakkan oleh FIB.

Walaupun begitu, FIB masih lagi cuba untuk memberi peluang buat Kelantan dengan meletakkan tarikh baharu sehingga 31 November ini untuk menyelesaikan segalanya.

“Hukuman pertama yang dikenakan kepada Kelantan FC adalah denda sebanyak RM20,000 atas kesalahan tidak mematuhi tempoh masa FIB. Pihak FIB memberikan peluang terakhir sehingga 30 November untuk menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos ataupun persetujuan bersama pemain dan pegawai kelab.

“Sekiranya Kelantan FC telah menyelesaikan langkah pertama, Kelantan FC masih perlu menyelesaikan langkah kedua untuk menerima Lesen Kebangsaan.

“Namun, jika gagal di peringkat langkah pertama, Kelantan FC secara automatik tidak akan menerima Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025,” tambah kenyataan itu.

Seterusnya, Kelantan juga dilaporkan perlu menghantar surat deklarasi demi membuktikan mereka bebas daripada tunggakan sehingga 30 November mengikut sub-kriteria kewangan F.09 Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 beserta penyelesaian untuk kes-kes yang mempunyai keputusan FIFA dan FAM sebelum 31 Disember 2023.

Lain-lain, 10 pasukan Liga Super layak menerima Lesen Kebangsaan ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.

Tiga pasukan layak diberikan Lesen Kebangsaan namun bersama hukuman sebanyak RM20,000 atas deklarasi yang salah ialah Sabah, Kelantan United, serta Kuala Lumpur City (KL City).

Tujuh pasukan daripada saingan Liga M3 yang memohon Lesen Kebangsaan iaitu Imigresen FC, KL Rovers FC, Harini Selangor FT, Armed Forces FC, Perlis United FC, Melaka FC dan Sarawak United FC diputuskan FIB untuk tidak diberikan lesen tersebut pada musim hadapan.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN