Junior Eldstal ‘Jawab’ Pertikaian Mengapa Beliau Layak Sarung Jersi Kebangsaan

Aksi pertahanan negara, Junior Eldstal antara paling menonjol pada perlawanan kedua Kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2016/Piala Asia 2027 ketika Malaysia mengatasi Taiwan 1-0.

Pada perlawanan tersebut, Eldstal telah pun diturunkan selaku kesebelasan utama untuk menggantikan khidmat Dominic Tan yang dilaporkan mengalami kecederaan sebelum perlawanan bermula.

Bergandingan bersama Dion Cools, persefahaman kedua pemain ini jelas tidak boleh diragui lagi selepas masing-masing menjalankan tugas begitu baik selaku pertahanan utama pasukan kebangsaan.

Lebih mengujakan, Eldstal tampil dengan peningkatan prestasi yang sangat mendadak kembali pada perlawanan tersebut untuk menjawab pertikaian sebelum itu pernah disuarakan segelintir peminat menerusi media sosial.

Jika sebelum ini fizikal Eldstal dilihat sedikit besar dan mengganggu kepantasan beliau untuk menyaingi pertahanan lawan, pemain tersebut dianggap kini berjaya mengatasi isu tersebut.

Malah, beliau boleh dianggap sebagai pemain paling menonjol ketika berdepan Taiwan semalam menerusi pertarungan bola di udara serta berdisiplin menutup segala ruang untuk cuba didominasi serangan lawan.

Bukan untuk menyatakan aksi pemain ini sangat sempurna, tetapi Eldstal sudah pun menjalankan tugas diletakkan oleh Kim Pan-gon dengan sangat baik sekali.

Malah, aksi pemain Dewa United dalam saingan Liga 1 Indonesia itu juga turut mendapat pujian daripada ramai peminat yang berpuas hati akan kualiti ditampilkan beliau sepanjang perlawanan berlangsung.

Jika prestasi Eldstal terus dikekalkan seperti semalam, sangat mustahil untuk nama beliau disingkirkan pada saingan Piala Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kebangkitan Eldstal ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang positif untuk persaingan sihat bersama rakan pertahanan lain seperti Shahrul Nazeem, serta Dominic Tan.

Seterusnya, ia juga memberi lebih banyak pilihan buat Kim sendiri untuk mencatur kepelbgaian taktikal mengikut kesesuaian pemain pertahanan dimiliki beliau.

Selain prestasi beliau yang meningkat, Eldstal juga merupakan pemain senior yang memainkan peranan penting untuk menaikkan moral rakan sepasukan lain.

Kami di Semuanya Bola berharap supaya Eldstal dapat mengekalkan prestasi beliau buat pasukan negara untuk terus menaikkan nama Malaysia dalam dunia bola sepak di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN