MFL Sambut Baik Cadangan TMJ Adakan Perlawanan Waktu Siang

Beberapa hari lalu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) menyuarakan pendapat mengenai perlawanan  Liga Malaysia (Liga-M) diadakan pada waktu petang agar dapat menambahkan kemeriahan, perkara tersebut jelas mendapat pelbagai reaksi para penyokong bola sepak Malaysia.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melihat pendapat yang dilontarkan tersebut sebagai suatu perkara positif dan bakal mengkaji perkara tersebut untuk disesuaikan dalam Liga-M.

Menurut Stuart Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, beliau melihat cadangan yang dilontarkan oleh TMJ sebagai sesuatu yang sangat bernas untuk melihat perjalanan liga domestik berlangsung pada waktu petang.

Menurut beliau, MFL sentiasa sudi mendengar apa-apa cadangan dengan bersifat terbuka agar dapat meningkatkan lagi mutu serta kualiti perjalanan Liga-M.

“Berkenaan cadangan Tuanku (Tunku Ismail), MFL sentiasa melihat dan menerima sesuatu cadangan ke arah yang cukup positif.

“Musim ini kita dapat melihat sepak mula di sebelah petang diadakan dalam aksi ACL (Liga Juara-Juara Asia) di Johor Bharu sebelum ini, dan jelas kita dapat saksikan di mana tempoh waktu di negeri Johor boleh dikatakan amat sesuai untuk bermain di sebelah petang.

“Namun sekretariat MFL harus mengkaji perkara ini dari semua sudut dengan lebih teliti sebelum dicadangkan kepada Ahli Lembaga Pengarah pada masa akan datang,” katanya kepada Arena Metro sebentar tadi.

Jelas beliau lagi, menerusi perubahan waktu tersebut, nilai komersial Liga-M juga sebenarnya dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.

“Jika dilihat daripada aspek komersial, cadangan TMJ itu akan melihat sepak mula di sebelah petang memberikan dinamik baharu kepada bola sepak tempatan di mana penyokong bersama ahli keluarga dapat menikmati perlawanan bola sepak pada hujung minggu,” katanya.

TMJ sebelum itu menyuarakan satu pendapat agar perlawanan dijalankan pada sebelah siang untuk menambah lagi kerancakan Liga-M.

Menurut TMJ, sekiranya perlawanan diadakan pada waktu siang, ia jelas dapat menarik lebih ramai penyokong untuk hadir ke stadium berbanding sebelah malam.

Menerusi perubahan waktu itu juga, ia dapat memberi lebih banyak pilihan waktu siaran untuk para penyokong bola sepak tempatan.

Tambah TMJ lagi, perlawanan bola sepak pada sebelah siang juga bakal membawa suasana lebih dekat seperti di Eropah dengan paparan lebih jelas.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN