MFL Sasar Pecah Rekod Lakukan ‘Viking Clap’ Terbesar Di Final Shopee Piala FA

Gerakan sokongan yang dilakukan oleh penyokong iaitu ‘Viking Clap’ yang kini menjadi ikutan ramai penyokong bola sepak Malaysia kini cuba diangkat martabatnya ke satu tahap lebih tinggi.

Pihak Malaysian Football League (MFL) kini telah berkerjasama dengan pihak Malaysia Book of Records untuk melakukan usaha memasukkan perkara itu ke dalam buku tersebut.

Sasarannya adalah ketika perlawanan akhir Shopee Piala FA melibatkan Perak dan Kedah kelak yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MFL (COO) iaitu Mohd Shazli Shaik Mohd, beliau mengharapkan aktiviti menepuk tangan beramai-ramai itu dapat menghasilkan suasana yang cukup meriah melibatkan kedua-dua pasukan ketika perlawanan akhir ini.

“Kami berharap penyokong dapat menjayakan aktiviti ini dengan jayanya.”

MFL mensasarkan rekod peringkat kebangsaan dengan seramai 80 ribu penyokong bola sepak dari kedua-dua pasukan bakal melakukan ‘viking clap’ bersama-sama di perlawanan akhir tersebut.

Gambar: Arena HijauKuning

Penganjuran Piala FA Malaysia edisi ke-30 pada akhir bulan Julai ini pastinya akan memberikan keseronokkan buat dua pasukan yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia itu.

Pihak MFL mengesahkan sebanyak 80 ribu tiket akan dijual untuk para penyokong kedua-dua pasukan dengan dijangka pembahagian sebanyak 50-50 akan dilakukan.

Perak layak ke perlawanan akhir selepas menundukkan Pahang di separuh akhir dengan keputusan dramatik 4-3 secara agreggat.

Sementara Kedah berjaya melepasi cabaran FELDA United hasil kemenangan gol di tempat lawan.

Perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 akan diadakan pada 27 Julai ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN