MFL Pastikan Perlis Langsai Gaji Dan Perjelas Status Pertandingan

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengambil tindakan awal dalam usaha untuk menyelesaikan tunggakan gaji 18 pemain Perlis seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini.

Masalah tunggakan gaji berkenaan sudah termasuk dalam perjanjian bersama Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan MFL yang dipersetujui pada 28 Disember lalu yang mana kelab dari Utara tanah air itu diberikan tempoh 60 hari untuk menyelesaikan bayaran itu.

Geran tahunan sebagai cagaran

Menurut salah seorang Ahli Lembaga Pengarah MFL Mustaza Ahmad, PFA telah diberikan tempoh masa untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan MFL sudah mengumumkan akan menyekat pemberian geran tahunan sebagai cagaran untuk mereka melangsaikan hutang berkenaan.

“Tuntutan pemain-pemain Perlis itu sebenarnya sudah ada dalam perjanjian bersama di antara MFL dan PFA, ini bukan tuntutan baharu. Kita sudah mencari jalan untuk mengatasi masalah itu. PFA sudah memberikan jaminan untuk menyelesaikan masalah itu sebelum sepak mula Liga Malaysia musim 2019.

“PFA masih memiliki tempoh masa untuk menyelesaikan masalah itu dan jika mereka gagal berbuat demikian, MFL akan menggunakan geran tahunan mereka bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain-pemain ini,” katanya, hari ini.

Status Liga Premier

Turut terus dibangkitkan adalah status Perlis yang dinaikkan pangkat dari Piala FAM ke Liga Premier musim ini sedangkan
pasukan kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid itu dilanda masalah hutang.

Namun Mustaza berkata, kelulusan itu diambil berdasarkan komitmen dan perancangan pengurusan baharu PFA untuk menyelesaikan tunggakan gaji dan memantapkan kewangan pasukan pada musim ini.

“Kita tahu ada pihak yang masih mempertikaikan status Perlis sebagai pasukan Liga Premier, tapi kita benarkan penyertaan mereka berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

“FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) mencadangkan tiga pasukan iaitu Kuching FA, ATM dan Perlis dari Piala FAM untuk mengisi slot Liga Premier berdasarkan dokumen perancangan pasukan berkenaan termasuk aspek kewangan. Daripada tiga pasukan ini, Ahli Lembaga Pengarah MFL kemudian membuat pemilihan berdasarkan kriteria tertentu antaranya kekuatan penyokong dan masalah hutang.

“Jadi Perlis dipilih kerana memiliki penyokong lebih ramai dan jumlah hutang mereka lebih sedikit,” katanya.

Perlis Northern Lions FOTO: PFA

 

Tiada pilih kasih

Dalam pada itu wujud dakwaan sesetengah pihak bahawa MFL mengamalkan ‘double standard’ apabila tidak mengambil tindakan ke atas pasukan lain yang didakwa turut bermasalah atas alasan kerana ia membabitkan pasukan Ahli Lembaga Pengarah MFL sendiri.

Bagaimanapun berdasarkan ketegasan MFL sebelum ini, ia adalah tanggapan tidak tepat memandangkan Selangor dikenakan denda RM1,500,000 tapi dikurangkan kepada RM500,000 manakala Sarawak RM500,00 tapi denda dikurangkan kepada RM200,000 tahun lalu meskipun mereka mempunyai wakil dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Apa yang dilakukan oleh MFL adalah apa sahaja kes akan diteliti sepenuhnya dengan segala penjelasan dan dokumen akan dikumpul sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Selagi tiada keputusan, kes berkenaan tidak akan dihebahkan kepada umum melainkan pasukan terbabit sudah mengeluarkan kenyataan sendiri.

Artikel oleh: Malaysian Football League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN