MISC MIFA Dijenamakan Semula Sebagai Petaling Jaya City FC

Pendatang baharu Liga Super 2019, Malaysian Indian Sports Council-Malaysian Indian Football Association (MISC MIFA) kini dikenali sebagai Petaling Jaya City FC (PJC) sebagai langkah penjenamaan semula pasukan tersebut bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Walaupun logo mereka menyerupai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City FC namun pasukan tersebut sebenarnya diambil alih oleh kumpulan Qi yang juga merupakan rakan penaja kepada Manchester City menerusi produk perniagaan mereka, Qnet.

Namun kami tidak begitu pasti sama ada PJ City FC merupakan salah satu pasukan di bawah City Football Group (CFG) seperti kelab New York City, Melbourne City dan Yokohama F Marinos tetapi tidak mustahil PJ City FC akan menjadi sebahagian daripada CFG.

“Kami telah mengambil alih dan MIFA tidak akan mengendalikan pasukan ini lagi. MIFA akan berperanan sebagai “feeder club” (kelab sokongan) sebagai sumber untuk mencari bakat baharu dan pembangunan akar umbi. Kami akan bekerjasama dengan mereka,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Qi, Datuk Seri Vijay Eswaran.

Beliau turut mengakui nama pasukan dan warna jersi tersebut mengambil inspirasi daripada pasukan Manchester City dan mahu membina kelab yang hebat untuk bersaing dalam Liga Super.

“Kami telah bersama Manchester City selama 5 musim. Dengan pelbagai sokongan dan bimbingan yang kami miliki, kami memilih PJ City FC sebagai nama pasukan.

“Sememangnya kami bergantung dengan bimbingan Manchester City dan kami berharap penyokong Manchester City di Malaysia turut menyokong kami” jelasnya.

Majlis Pelancaran Pasukan Petaling Jaya City FC berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam. FOTO: PJ City FC
Petaling Jaya City FC lulus dalam perlesenan FAM

Setiausaha Agung MIFA, KV Anba  mengesahkan pasukan itu dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini setelah mendapat kelulusan daripada Malaysia Football League (MFL).

“Kami telah mematuhi segala prosedur dalam pelesenan kelab dan menerima surat rasmi yang mengesahkan penyertaan PJ City FC dalam saingan Liga Super.

“MIFA akan fokus kepada program pembangunan dan menjadi rakan kerjasama kepada PJ City FC. Mereka mempunyai bajet yang lebih besar untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang,” jelasnya.

https://twitter.com/mysoccerleague/status/1085511689984925696

Musim lepas, MIFA menduduki tangga ketika dalam saingan Liga Premier di belakang Felda United dan FELCRA FC. Mereka mendapat slot ke Liga Super musim ini sebagai pengganti kepada FELCRA FC yang menarik diri akibat masalah kewangan yang serius.

PJ City FC yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman iaitu K. Devan ketika ini diperkuatkan oleh dua pemain import iaitu Bae Beon Geun dari Korea Selatan dan Elizue Batista dari Brazil. Tiga lagi slot pemain import akan diisi pada minggu hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN