Prihatin Kebimbangan Peminat, MFL Tinjau Keadaan Stadium Shah Alam

Semalam Malaysian Football League (MFL) telah menjalankan lawatan susulan ke venue final Piala Malaysia 2018 iaitu Stadium Shah Alam.

MFL mendapati banyak komen daripada peminat bolasepak tanah air di atas kebimbangan mereka terhadap keadaan fasiliti di Stadium Shah Alam.

Pegawai MFL telah diiringi wakil Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) bagi mengadakan tinjauan venue perlawanan akhir unifi Piala Malaysia 2018 pada 10 pagi hari ini. MFL dalam siaran media mereka menyatakan:

“Kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan sedang giat dijalankan khususnya tandas, penyediaan surau tambahan dan kebersihan kerusi penonton bagi mengadapi perlawanan akhir unifi Piala Malaysia 2018 pada Sabtu, 27 Oktober 2018.”

“Surau-surau sementara akan dibangunkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta dibekalkan dengan kelengkapan solat manakala pihak SYABAS akan membekalkan tangki air bagi tujuan mengambil wudhuk.”

MFL dan DEFM akan mengadakan satu lagi lawatan susulan pada Isnin ini untuk memastikan venue itu benar-benar bersedia digunakan untuk malam final Piala Malaysia. MFL menambah lagi:

“Lawatan susulan akan dijalankan bersama DEFM pada hari Isnin ini sejurus selepas mesyuarat pengelola perlawanan akhir unifi Piala Malaysia 2018.”

“Mesyuarat ini akan turut dihadiri oleh wakil persatuan dan wakil kelab penyokong bagi kedua-dua pasukan yang bakal bertanding di perlawanan akhir tersebut.”

“MFL mengucapkan terima kasih kepada DEFM kerana memberikan sepenuh perhatian kepada kebimbangan dan rungutan para penyokong seperti yang telah dibincangkan bersama MFL pada mesyuarat yang lalu.”

MFL buat masa ini berpuas hati dengan DEFM yang bersungguh-sungguh dalam usaha mereka memperbaiki beberapa aspek untuk penambahbaikan di Stadium Shah Alam.

Satu langkah pro-aktif oleh MFL dalam usaha untuk memberikan keselesaan kepada penyokong yang hadir ke final kelak.

Walaupun tidak mungkin akan memuaskan hati semua orang namun, usaha sebegini wajar dipuji untuk penambahbaikan keadaan daripada sebelum ini.

Ini selepas terlalu banyak rungutan diterima setiap kali malam final di Stadium Shah Alam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN