MFL Beri Lampu Hijau Adakan Perlawanan Persahabatan

Perlawanan persahabatan

Pasukan dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia dan Liga Premier telah diberikan lampu hijau oleh Malaysian Football League (MFL) untuk mengadakan perlawanan persahabatan bermula hari ini sebagai persiapan Liga Malaysia yang akan kembali pada 26 Ogos ini.

MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dato’ Ab Ghani Hassan menegaskan keputusan membenarkan perlawanan persahabatan itu selaras dengan kenyataan MFL sebelum ini di mana setiap pasukan perlu berada dalam tempoh bertenang bermula 29 Julai sehingga 1 Ogos [semalam].

Menurut kenyataan dikeluarkan laman sesawang rasmi MFL itu, hanya pasukan Liga Super dan Liga Premier dibenarkan beraksi sesama sendiri di gelanggang yang mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) ditetapkan.

Antara syarat yang wajib dilaksanakan ialah dengan melakukan proses nyahkuman dan disinfeksi terlebih dahulu di gelanggang [Stadium] sebelum perlawanan diadakan.

“Tempoh bertenang ini adalah bagi penilaian dan pemantauan bagi memastikan tahap kesihatan semua pegawai dan pemain masih baik setelah 14 hari tempoh Latihan Berkontak Fizikal dibenarkan tetapi Latihan Pasukan masih dibenarkan sepanjang tempoh ini.

“Pasukan hanya dibenar untuk mengadakan perlawanan di antara pasukan- pasukan CIMB Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020 yang mana pegawai dan pemain pasukan-pasukan tersebut telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) dan telah disahkan bebas gejala dan telah mendapat kelulusan MFL atau dengan pasukan-pasukan yang mereka telah bertemu di perlawanan di peringkat awal sebelum Liga Malaysia ditangguhkan.

“Perlawanan hanya dibenar diadakan di dalam stadium atau venue perlawanan sahaja di mana gelanggang perlawanan tersebut hendaklah didaftarkan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).”

“Stadium-stadium tersebut hendaklah menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi sebelum perlawanan diadakan.

“Perlawanan tersebut hendaklah dimainkan tanpa penonton di mana hanya pegawai dan pemain pasukan yang berdaftar dan telah menjalani Ujian Calitan (Swab Test) sahaja dibenar berada di dalam stadium atau venue perlawanan,” ujar Dato’ Ab Ghani.

Kredit featured image: Pahang FA

Baca artikel lain dari kami mengenai Liga Super 2020:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN