MFL Bantu Sarawak United, Hulur RM100 Ribu Buat Pemain

Penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) menyalurkan bantuan kepada para pemain Sarawak United yang terkesan akibat krisis tunggakan gaji.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL, pihak penganjur liga itu memilih untuk menghulurkan bantuan sebanyak RM100 ribu buat pemain Sarawak.

Keputusan itu dibuat oleh Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dalam mesyurat yang dipengerusikannya semalam.

““Berdasarkan laporan yang MFL terima daripada PFAM, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam bersetuju sebulat suara untuk mengambil tindakan segera memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai yang mengalami masalah tunggakan gaji.

”Pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terlibat akan disalurkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM),” ujar MFL dalam kenyataan mereka.

Untuk rekod, Sarawak telah mengalami krisis tunggakan gaji dengan pemain sudah tidak menerimanya untuk empat bulan.

Namun begitu, para pemain tetap meneruskan sikap profesional mereka apabila terus memberikan persembahan baik di atas padang.

Pendedahan dari Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) menggegarkan bola sepak negara dengan isu tunggakan gaji yang tidak pernah selesai.

Namun apabila melihat skrip isu yang lebih kurang sama, kejutan itu tidaklah terlalu besar sebaliknya kecewa yang melanda.

Bantuan yang diberikan oleh MFL mungkin tidaklah sebesar mana, namun diharap ianya dapat mengukir sedikit senyuman buat pemain-pemain Sarawak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN