Boris Kok: “Saya Boleh Lari Ke Kemboja, Tapi Pilih Untuk Setia Dengan Sarawak”

Boris Kok

Pemain Sarawak United, Boris Kok mengakui yang dirinya sebenarnya boleh saja meninggalkan Sarawak United tetapi tetap mahu bersama walaupun sedang alami krisis.

Baru-baru ini, tular apabila pengurusan Sarawak United sekali lagi ‘dibogelkan’ dengan kesalahan tidak membayar gaji pemain selama empat bulan.

‘4 Bulan Mederita’ – Sarawak United Dan Tunggakan Gaji Berpisah Tiada

Pendedahan yang memilukan itu membuatkan Kok memilih untuk bersuara dan menceritakan bagaimana beliau memilih jalan sukar untuk terus bersama pasukan.

“Situasi untuk semua orang di sini amat sukar. Tiada duit untuk bayar duit rumah, untuk beli makanan, untuk bergerak dengan kereta dan untuk jaga keluarga kami.

“Semua orang menderita dengan teruk tetapi kami tak pernah cakap dengan media kerana kami terlalu sayangkan Sarawak United. Kami tak mahu salahkan mereka kerana kami amat hormat pada mereka,” tulis Kok di Facebooknya.

Kok juga mendedahkan yang beliau boleh menamatkan kontraknya dengan Sarawak selepas tiga bulan tidak mendapat gaji dan kembali kepada kelab asalnya iaitu Phnom Penh Crown.

Tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana hormatkan penyokong Sarawak.

“Situasi saya berbeza kerana pihak kelab memberikan saya cuti dua minggu pada Julai untuk pulang ke Perancis berkenaan kelahiran anak lelaki saya.

“Semasa saya di Perancis, selepas tiga bulan tanpa gaji saya boleh batalkan kontrak dengan pihak kelab menggunakan peraturan FIFA dan pulang semula ke Kemboja kerana saya cuma pemain pinjaman.

“Pihak pengurusan berbincang dengan saya dan saya berikan peluang kepada kelab kerana menghormati penyokong Sarawak,” jelas Kok.

Menurut Kok, pihak kelab telah berjanji akan menyelesaikan isu gaji tertunggak dalam masa dua minggu lagi.

Namun adakah ianya akan dilunaskan? Itu tidak pasti.

Walaupun ianya tampak samar, tapi biarlah ianya diselesaikan jua dengan sebaiknya. Selepas itu, pihak yang sepatutnya haruslah lebih bertanggungjawab dalam melakukan tugas.

Jika tidak mampu, berundurlah kerana itu mungkin yang lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN