MFL Akui Alami Tunggakan Bayar Wang Kemenangan Kepada JDT

MFL

Badan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) mengakui yang mereka kini mempunyai tunggakan bayaran wang kemenangan dengan salah sebuah pasukan di negara ini.

Menurut MFL, mereka kini masih lagi tidak dapat menjelaskan tunggakan wang kemenangan yang sepatutnya diterima oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan mereka pada 2020.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh impak kewangan yang cukup besar lagi buruk yang menimpa MFL pada tahun tersebut kerana pandemik COVID-19.

Kerugian berjumlah hampir RM30 juta yang disebabkan kehilangan wang penajaan telah merencatkan proses pembayaran wang kemenangan kepada JDT dan perkara tersebut telah dimaklumkan MFL kepada Harimau Selatan.

Menurut Presiden MFL, Dato’ Abdul Ghani Hassan, pihaknya telah berbincang dengan pemilik JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenaan kelawatan pembayaran wang kemenangan itu.

Perkara itu dipersetuju oleh TMJ dan kini MFL sedang membayar tunggakan wang kemenangan tersebut menerusi ansuran.

Isu tunggakan ini bagaimana pun tidak terkesan kepada pasukan-pasukan lain sebaliknya hanya JDT yang masih tidak dapat sepenuhnya wang kemenangan mereka daripada MFL.

“MFL telah melakukan pembayaran secara berperingkat dan kini dalam proses akhir menyelesaikan baki pembayaran wang kemenangan itu tahun ini.

“Bagaimanapun penangguhan pembayaran bagi musim itu hanya melibatkan JDT sahaja di mana MFL tidak ada sebarang tunggakan dengan pasukan lain,” kata Ghani.

Pada 2020, JDT menjuarai Liga Super dengan memperoleh 29 mata selepas liga hanya dijalankan menerusi format satu pusingan akibat pandemik.

Sementara bagi Piala FA dan Piala Malaysia pula ianya tidak diadakan kerana dibatalkan oleh MFL kerana sebab yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN