Pertahanan Crystal Palace Jadi Sasaran Mikel Arteta Buat Arsenal Musim Depan

Pertahanan kental Crystal Palace iaitu Marc Guehi kini tampil sebagai pemain sasaran seterusnya buat Arsenal pada musim hadapan, dalam misi mereka untuk memperkukuhkan jentera tersebut.

Mikel Arteta yang kini merupakan pengurus Arsenal, melihat Guehi mempunyai kualiti yang sangat baik untuk menjadi pemain sandaran kepada pertahanan utama mereka iaitu William Saliba.

Musim ini menyaksikan Liverpool tampil dengan cukup positif di segenap posisi terutama barisan pertahanan mereka yang cemerlang dalam setiap perlawanan dihadapi.

Walaupun ketika ini mereka dilihat menghadapi laluan berliku untuk mendapatkan kejuaraan English Premier League (EPL), secara keseluruhan Arteta berjaya membawa Arsenal konsisten sejak awal musim.

Arteta yang mengesan masalah utama selepas Saliba mengalami kecederaan, pantas menyasarkan beberapa nama pertahanan baharu sebagai sandaran musim hadapan termasuk Guehi ketika ini.

Walaupun mempunyai Rob Holding, kualiti pertahanan tersebut tidak begitu baik bagi memberi impak positif buat Arsenal sehingga beberapa kali posisi itu tampil serba goyah.

Laporan menyatakan Saliba berkemungkinan bakal terlepas aksi sehingga musim ini tamat disebabkan tahap kecederaan dialami beliau teruk untuk kembali beraksi.

“Berkenaan Saliba, kita perlu menunggu lagi untuk mengetahui status sebenar jika beliau sudah boleh diturunkan atau tidak.

“Dia tidak pulih dengan kadar lebih cepat seperti yang kami harapkan dan kami perlu menunggu lagi sehingga Saliba bersedia untuk beraksi jika saya perlukan aksinya kembali,” jelas Arteta menerusi Sportbible.

Menyedari Arsenal bakal berhadapan saingan UEFA Champions League (UCL) musim hadapan, pasukan ini pastinya mahu mempersiapkan para pemain dengan lebih awal serta mendapatkan bintang-bintang lebih berkualiti.

Jika dilihat pada prestasi Guehi musim ini, beliau telah beraksi dalam semua perlawanan bersama Palace serta telah menjaringkan satu gol, selain bersih daripada mengutip kad merah.

Pada usia 22 tahun, Guehi tampil dengan sangat cemerlang untuk menjadi pemain paling diharapkan dalam situasi berdepan penyerang lawan dan sangat kuat daripada segi fizikal.

Walaupun begitu, menjadi satu persoalan jika Guehi sanggup bertukar status daripada pemain utama kepada sandaran buat Saliba pada musim hadapan.

Arteta dijangka akan terus mengekalkan gandingan antara Saliba bersama Gabriel Magalhaes yang menjadi tunjang utama kekuatan pasukan tersebut musim ini bersama Arsenal.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN