Mesut Ozil: Semua Pemain Mahu Beraksi Di Bawah Kendalian Arsene Wenger

Ozil

Pengumuman mengejutkan dari Arsene Wenger yang bakal meninggalkan Arsenal selepas 22 tahun pada penghujung musim ini menjadi berita hangat di seluruh dunia semalam.

Walaupun sejak akhir-akhir ini pengurus berusia 68 tahun itu dikritik hebat selepas prestasi tidak menentu ditampilkan Arsenal, sumbangan yang pernah dicurah Wenger akan sentiasa di ingatan penyokong The Gunners khususnya.

Sehubungan dengan keputusan yang dibuat Wenger, bintang Arsenal, Mesut Ozil pantas bagi memberikan penghargaan buat pengurusnya itu.

Ozil yang berhijrah ke Arsenal dari Real Madrid pada tahun 2013 ternyata berbangga dapat bekerjasama dengan Wenger dan memuji pendekatan yang digunakan pengurus kelahiran Perancis tersebut.

”Dia (Arsene Wenger) merupakan sebab utama saya datang ke sini (Arsenal), dia yang meyakinkan saya dan saya berbangga dapat bermain di bawah kendaliannya,” jelas Mesut Ozil memberitahu Sky Sports.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 18: Arsene Wenger, Manager of Arsenal embraces Mesut Ozil after the player was substituted during the Premier League match between Arsenal and Tottenham Hotspur at Emirates Stadium on November 18, 2017 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Semua orang mempunyai rasa hormat yang sangat tinggi terhadapnya.”

”Dia telah memenangi banyak gelaran, mengembangkan beberapa bakat pemain dan sentiasa memainkan bola sepak yang sangat baik.”

”Jadi anda tahu sebagai pemain bola sepak jika anda datang ke sini, anda akan dapat mengembangkan bakat dan bermain dalam gaya itu.”

”Dia seorang yang sangat jujur, juga seorang yang sangat dihormati dan semua pemain mahu bermain di bawahnya.”

”Dia merupakan pengurus yang membawa saya ke sini dan mahu saya untuk terus kekal, jadi saya berkata yang sangat selesa di sini dan tidak mahu untuk meninggalkan Arsenal. Itulah sebab saya kekal,” jelas Ozil lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN