Mereka Ini Merupakan Antara Pengurus Yang Tidak Mempunyai Pengalaman Sebagai Pemain Bola Sepak Profesional

Pengurus

Pada zaman moden ini, pengurus sesebuah pasukan bola sepak dianggap sebagai pekerjaan yang mempunyai tahap kelasnya tersendiri di mana pekerjaan ini juga dilabelkan sebagai profesion yang profesional dalam kalangan masyarakat.

Ramai di antara pengurus kelab bola sepak di dunia yang mempunyai pengalaman bermain sebagai pemain bola sepak profesional.

Namun, terdapat juga pengurus yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bermain bola sepak padang di peringkat kompetitif mahupun profesional.

Berikut merupakan senarai pengurus yang tidak mempunyai pengalaman dalam karier sebagai pemain bola sepak profesional.

Leonardo Jardim

Beliau dilahirkan di Barcelona,Venezuela, namun telah bermastautin lama di Portugal sehingga mendapat kerakyatan yang sah.

Dikatakan,beliau telah menukar subjek pelajarannya di Universiti Madeira dari mata pelajaran Fizik ke Sains Sukan.

Seawal usia 27 tahun pada tahun 2001, beliau telah memulakan kariernya sebagai pembantu jurulatih di sebuah kelab terpencil iaitu A.D. Camacha selama dua tahun.

Kemudiannya telah diberi kepercayaan oleh kelab divisyen tiga iaitu G.D. Chaves untuk mengendalikan skuad tersebut sepenuhnya.

Pelbagai rekod yang telah dicipta sepanjang kariernya sebagai jurulatih bola sepak terutamanya di AS Monaco apabila berjaya mencipta sejarah moden buat pasukan AS Monaco.

Beliau telah dinobatkan sebagai jurulatih Ligue 1 terbaik pada musim 2016/17.

André Villas-Boas

Bekas pengendali pasukan Tottenham Hotspur ini suatu ketika dahulu pernah dicemuh akibat kegagalannya di White Hart Lane.

Terdahulu, di Chelsea juga nasibnya tidak begitu baik.

Beliau telah dilahirkan di Portugal dan sudah petah bercakap dalam Bahasa Inggeris kerana neneknya yang berasal dari England.

Seawal usia 16 tahun, Villas-Boas sedar yang beliau telah tinggal dalam apartment yang sama bersama jurulatih Porto masa itu iaitu mendiang Sir Bobby Robson.

Robson telah menyusun gaya hidup Villas-Boas untuk menyertai program kejurulatihan dengan mengambil lesen kejurulatihan di bawah UEFA C di Scotland.

Pada umur 18 tahun, beliau telah mempunyai lesen kejurulatihan UEFA kelas B dan setahun kemudian telah menerima lesen kejurulatihan UEFA kelas A.

Hasil daripada tunjuk ajar Jim Fleeting (Pengarah pembangunan Bola Sepak FA Scotland), Villas-Boas berjaya mendapatkan lesen kejurulatihan UEFA kelas-Pro.

Andre Villas-Boas telah memulakan kariernya dalam melatih kelab Academia di mana dalam 30 perlawanan beliau hanya mampu mengutip 11 kemenangan.

Maurizio Sarri

Sewaktu muda, Sarri membahagikan masa buat dirinya sebagai kerana beliau adalah seorang pemain bola sepak amatur dan juga merupakan seorang pegawai bank.

Pada usia 40 tahun, beliau telah beralih sepenuhnya dengan menceburi dalam bidang kejurulatihan dengan berbekalkan pengalaman bola sepak amaturnya sahaja.

Namun, itu bukan satu kelemahan Sarri dalam merancang strategi perlawanan.

Pada tahun 2000, kelab A.C. Sansovino telah mendapatkan khidmat Sarri sebagai jurulatih buat pasukan tersebut selama tiga tahun dan hampir membawa kelab tersebut ke Serie C2.

Kini, Maurizio Sarri membimbing SSC Napoli dalam saingan Serie A.

Carlos Alberto Parreira

Beliau dilahirkan Rio de Janerio,Brazil pada tahun 1943.Beliau merupakan seorang penyokong Fluminense.

Beliau merupakan jurulatih yang telah melatih lima negara berbeza dan memenangi Piala Dunia FIFA bersama Brazil.

Pada mulanya,beliau hanya seorang jurulatih kecergasan di kelab Sao Cristovao dan telah memulakan karirernya sebagai jurulatih bersama Ghana pada tahun 1967.

Rumusan

Kesimpulannya, pengalaman bermain bukanlah syarat untuk menjadi pengurus atau jurulatih.

Malah kita juga boleh menceburi bidang ini dengan ilmu seperti Sains Sukan serta kemahiran yang kita perolehi dalam merangka strategi.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Sufi Zulkarnain. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN