Mesut Özil: “Kritikan Dari Mereka, Langsung Tidak Menjejaskan Kehidupan Saya”

Dihujani dengan kritikan dari pelbagai pihak yang menyebut gaya permainan Mesut Özil semakin mengecewakan, sangat teruk dan tidak menarik untuk disaksikan tidak pernah meresap ke jiwa bintang Arsenal itu.

Menurut Özil, beliau langsung tidak akan ambil pusing mengenai kritikan keatasnya kerana sebagai pemain, dirinya tidak perlu melayan kerenah orang sekeliling sebaliknya meneruskan usaha dan memperbaiki kekurangan.

“Saya tahu ada orang di luar sana yang menyukai saya, namun ada juga orang yang tidak menyukai saya.”

“Ini adalah lumrah dalam kehidupan,” ujarnya seperti dilaporkan Daily Mail.

“Tetapi bagi saya, yang penting adalah apa yang dikatakan mereka yang berada di sekeliling saya, tidak pernah saya ambil peduli tentang perkara yang lebih dari itu”

“Saya juga sudah terbiasa dengan semua ini kerana tidak semua yang kita lakukan akan memuaskan hati semua pihak.”

“Apa pun, kritikan ini tidak akan mempengaruhi saya,” katanya.

Hanya orang terdekat

Menurut Özil, beliau hanya akan mendengar apa yang diperkatakan dari orang terdekat dalam kehidupannya seperti keluarga, sahabat atau jurulatih.

“Sekiranya jurulatih, atau orang dalam kehidupan saya yang berkata kepada saya: ‘kamu perlu melakukan ini, atau perlu melakukan itu’ maka saya akan mendengarnya,” katanya.

“Saya akan ambil peduli apa yang dikatakan mereka dan kemudian saya akan cuba untuk melakukannya.”

LONDON, ENGLAND – AUGUST 12: Unai Emery, Manager of Arsenal speaks with Mesut Ozil of Arsenal during the Premier League match between Arsenal FC and Manchester City at Emirates Stadium on August 12, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Tetapi jika orang lain, saya mungkin tidak menghiraukan ianya sama sekali. Saya katakan lagi, kritikan dari mereka benar-benar tidak menjejaskan saya”

Tambah Özil,”Secara peribadi, semuanya berjalan dengan baik tetapi itu tidak bermakna untuk saya terus berhenti bermain bola.”

Sepanjang kariernya, Özil telah berjaya memenangi pelbagai trofi kejuaraan.

Antaranya ialah gelaran La Liga bersama Real Madrid, DFB Pokal dengan Werder Bremen dan Piala FA bersama Arsenal.

RIO DE JANEIRO, BRAZIL – JULY 13: Mesut Oezil of Germany holds the World Cup torphy to celebrate with teammates Ron-Robert Zieler (1st L), Christoph Kramer (2nd R) and Kevin Grosskreutz (1st R) after the 2014 FIFA World Cup Brazil Final match between Germany and Argentina at Maracana on July 13, 2014 in Rio de Janeiro, Brazil. (Photo by Lars Baron – FIFA/FIFA via Getty Images)

Pemain antarabangsa Jerman itu juga antara individu penting yang membantu negaranya memenangi Piala Dunia pada tahun 2014.

Bagaimanapun, Özil adalah antara pemain yang sering dilanda kontroversi dan mendapat kritikan dari pelbagai pihak terutamanya selepas beliau menyertai Arsenal.

Özil dikatakan sebagai pemain tengah yang malas berusaha untuk membantu pemain pertahanan apabila menerima serangan dari pihak lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN