Bernardo Silva Tidak Nafikan Manchester United Masih Layak Menjadi Juara EPL

Silva

Perancang Manchester City, Bernardo Silva yakin seteru mereka, Manchester United masih layak disebut sebagai calon untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris pada musim 2018/19.

Menurut Silva, walaupun United mengalami pelbagai permasalahan melibatkan pengurusan, pemain sehingga pihak tertinggi kelab, beliau masih percaya pasukan itu sedang dalam usaha memperbaiki segala kesulitan yang hadapi.

TURIN, ITALY – NOVEMBER 07: Jose Mourinho, Manager of Manchester United gives his team instructions during the UEFA Champions League Group H match between Juventus and Manchester United at Juventus Stadium on November 7, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Mengulas mengenai pertemuan aksi derbi menentang Manchester United di Etihad 12 November ini, Silva menyifatkan perlawanan tersebut adalah penting bagi kedua-dua pasukan.

Jika Manchester United berjaya memenangi perlawanan tersebut, maka pasukan itu mampu mengekori rapat Manchester City dan sekali gus kembali membuka peluang untuk bersaing dalam perebutan gelaran liga.

“Kita tidak tahu itu. Apa yang pasti perlawanan ini adalah perlawanan penting,” jwab Silva di SkySport apabila diajukan soalan sama ada pertemuan derbi kali ini adalah sebahagian perlawanan penting bagi pasukan.

“Seperti pasukan lain, kami bermain untuk mendapatkan tiga mata.”

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 04: Raheem Sterling of Manchester City celebrates with teammates after scoring his team’s fifth goal during the Premier League match between Manchester City and Southampton FC at Etihad Stadium on November 4, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Kami mahukan kemenangan setiap kali kami bermain di perlawanan liga (EPL) ataupun pertandingan lain.”

Kata Silva lagi, “Ia hanya tiga mata. Tetapi bagi peminat, ini adalah perkara paling bermakna kerana ia adalah perlawanan derbi dan menentang pasukan persaing kejuaraan.”

“Jadi, jika kami menang kami tidak hanya memperolehi tiga mata, tetapi juga berjaya mencuri tiga mata dari mereka.”

Pilihan utama Guardiola

Bernardo Silva meneruskan permulaan hebat pada musim ini apabila beliau sering menjadi pilihan utama pengurus pasukan, Pep Guardiola.

Situasi Kevin De Bruyne yang terus dilanda kecederaan mencetus peluang buat Silva untuk memastikan tempat buat beliau dalam kesebelasan utama dikekalkan. 

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 20: Kevin De Bruyne of Manchester City is substituted on for Bernardo Silva of Manchester City during the Premier League match between Manchester City and Burnley FC at Etihad Stadium on October 20, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Setakat ini, Silva telah tampil sebanyak 16 perlawanan bersama pasukan dan beliau telah berjaya menghasilkan 5 gol dan 2 bantuan gol secara peribadi pada musim ini.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan pemain Portugal itu meredakan sedikit ancaman bermain tanpa De Bruyne bagi pertembungan derbi Manchester buat Pep dan pasukan.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN