Messi Tak Sanggup Lihat Argentina Dibelasah Sepanyol 6-1, Isco Ledak Hatrik Sulung

Isco meledak hatrik dalam perlawanan persahabatan berprofil tinggi, Sepanyol menentang Argentina.

Diego Costa membuka tirai jaringan pada minit ke-12. Isco meletakkan Sepanyol 2 gol di hadapan pada minit ke-27. Bintang Manchester City, Nicholas Otamendi merapatkan kedudukan sebelum rehat.

Sepanyol menambah 4 gol pada separuh masa kedua. 2 gol menerusi Isco untuk melengkapkan hatrik beliau. Manakala 2 lagi gol adalah menerusi Thiago Alcantara dan Iago Aspas.

Ini merupakan hatrik pertama Isco dalam karier beliau. Sepanyol nampak sangat tajam dengan menyempurnakan kesemua 6 percubaan tepat mereka dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini meletakkan Sepanyol kini sudah 18 perlawanan tanpa kalah. Skuad bimbingan Julen Lopetuigi ini kelihatan sudah stabil. Gerard Pique diejek sepanjang perlawanan ini kerana menyokong pembebasan Catalan tetapi beliau tetap fokus kepada aksi di dalam padang.

Lionel Messi tak sanggup melihat pasukan Argentina dibelasah telah meninggalkan tempat duduk lebih awal. Messi tidak dapat beraksi kerana masih tak cergas.

https://twitter.com/Barcelona_M23/status/978741360705589248?s=19

Bekas pemenang Piala Dunia 1986, Pedro Pablo Pasculli menyatakan yang skuad Argentina hari ini 10 kali lebih memerlukan Messi berbanding dengan Argentina memerlukan Maradona dahulu. Kualiti skuad secara berpasukan masih lemah.

Gonzalo Higuain gagal menunjukkan aksi terbaik beliau. Sekaligus memberikan persoalan, adakah Sampaoli terlalu ego untuk tidak memanggil Dybala dan Mauro Icardi untuk menjadi salah satu inspirasi mereka di hadapan gol ketika ketiadaan Messi.

Sebelum ini Jorge Sampaoli melabel Argentina sebagai pasukan pilihan pada Piala Dunia akan datang. Jika seperti inilah aksi mereka, rasanya kenyataan itu lebih kepada retorik.

Banyak perkara yang perlu diperbaiki mereka dalam masa kurang 3 bulan ini .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN