5 Buah Stadium Di Itali Yang Dikongsi Oleh 2 Kelab Bola Sepak Professional

Penggunaan Stadium Bola Sepak sebagai gelanggang rasmi oleh 2 kelab professional yang berbeza mungkin tidak digemari oleh sesetengah penyokong dalam bola sepak moden. Hal ini kerana tidak banyak kelab bola sepak professional yang mempunyai stadium sendiri dan mampu menyewa.

Zaman dahulu, kebiasaannya kelab-kelab di eropah yang berada dalam bandar yang sama berkongsi stadium yang sama untuk pelbagai tujuan sebelum mereka membina dan berpindah ke stadium baharu.

Di Itali, kelab gergasi Juventus dan Torino berkongsi Stadium Olimpico di bandar Turin selama 37 tahun sebelum Juventus berpindah ke gelanggang baharu mereka, Stadium Allianz pada tahun 2011.

Walaubagaimanapun, senario di Itali sangat berbeza dengan beberapa negara eropah yang lain. Mereka mempunyai sejarah dan tradisi yang tersendiri dan dihormati. Dalam saingan Serie A, 45% kelab bola sepak di sana berkongsi Stadium dengan kelab lain.

Antara 5 buah stadium di Itali yang dikongsi oleh 2 kelab bolasepak professional ialah:

1) Stadio Atleti Azzurri d’Itali

Stadio Atleti Azzurri d’Italia, terletak di Bergamo. Stadium ini merupakan gelanggang rasmi pasukan Serie A, Atalanta B.C dan Series C, U.C AlbinoLeffe.

Mempunyai kapasiti sebanyak 21,300 dan dibuka pada tahun 1928 dan ianya telah menjadi gelanggang rasmi Atalanta sejak sekian lama. AlbinoLeffe ditubuhkan pada tahun 1998 dan berpindah ke Stadium ini pada tahun 2003.

2 kelab ini mempunyai kejayaan yang tersendiri dan berjaya menarik penyokong hadir ke stadium walaupun venue itu dihuni oleh 2 identiti yang berbeza. Mereka berjaya layak ke saingan Europa League yang mengundang kehadiran penyokong dari seluruh eropah.

Ketika itu, keadaan stadium ini gagal menepati standard Serie A kerana kekurangan fasiliti dan juga tiada bumbung di Stadium. Kini tapak stadium itu akhirnya menjadi milik Atalanta selepas mereka membayar €8.6 jut untuk pemilikan dan tambahan €2.6 juta untuk naiktaraf Stadium tersebut pada tahun 2015.

2) Stadio Marc’Antonio Bentegodi

Stadium ini dikongsi oleh pasukan rival Serie A, Chievo Verona dan Hellas Verona. Stadium ini dimiliki oleh Majlis Perbandaran Verona dan mempunyai kapasiti sebanyak 40, 000. Stadium ini dibuka pada tahun 1963 dan telah dinaiktaraf pada tahun 1989.

Dahulu stadium ini bergegar jika terdapat perlawanan “Verona Derby” yang melibatkan pasukan Chievo dan Hellas. Walaubagaimanapun, perlawanan itu jarang dilangsungkan sejak beberapa tahun kerana Hellas Verona tidak beraksi dalam saingan Serie A.

Chievo masih konsisten kekal dalam saingan liga utama Itali itu iaitu sejak tahun 2008 tetapi ketika itu Hellas tersingkir ke saingan divisyen dua. Kali terakhir perlawanan “Verona derby” dilangsungkan ialah pada tahun 2001.

Musim ini, perlawanan itu berpeluang dilangsungkan apabila Hellas mendapat promosi ke Serie A selepas muncul sebagai naib juara Serie B (Divisyen 2) pada musim lepas.

Stadium ini juga pernah menjadi gelanggang rasmi Piala Dunia pada tahun 1990. Dari segi kehadiran penyokong, Hellas mempunyai jumlah kehadiran yang lebih ramai berbanding Chievo.

3) Stadio Luigi Ferrari

Jika kebanyakan Stadium di Itali mempunyai trek larian tetapi stadium ini adalah antara yang menepati ciri-ciri seperti terdapat di England dan mempunyai rekabentuk yang hampir serupa dengan Stadium kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.

Stadium Ferraris ini dikongsi oleh kelab Serie A, Genoa C.F.C dan U.C. Sampdoria. Stadium ini dimiliki oleh Majlis Perbandaran Genoa dan mempunyai 36,600 kapasiti.

Ianya merupakan gelanggang rasmi Genoa sejak dibuka pada tahun 1911. Sampdoria berpindah ke stadium ini pada tahun 1946 iaitu tahun dimana mereka ditubuhkan sebagai sebuah kelab bola sepak professional.

Kedua-dua kelab ini bersaing hebat dan telah meraih pelbagai kejayaan. Ada ketikanya mereka bergelut dalam saingan divisyen 2 tatkala kelab lain semua bersaing dalam dvisyen 1. Dari segi jumlah kehadiran penyokong agak sederhana.

Namun begitu, Stadium ini akan dipenuhi oleh penyokong dari kedua-dua pasukan ketika perlawanan “Genoa Derby”. Pelbagai banner dan tifo akan menghiasi keseluruhan stadium sebagai tanda sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Gelanggang ini juga mempunyai sejarah yang tersendiri dan pernah menganjurkan perlawanan Piala Dunia pada tahun 1990.

4) Stadio Olimpico

Stadio Olimpico di Rome merupakan Stadium yang tertua dan paling bersejarah di Itali. Mempunyai kapasiti sebanyak 70,000 dan Stadium ini merupakan gelanggang rasmi pasukan As Roma dan SS Lazio sejak tahun 1953.

Pelbagai perlawanan yang bersejarah sering berlaku di gelanggang ini. Yang paling menjadi tumpuan sehingga menarik kehadiran penyokong dari seluruh dunia ialah perlawanan “Rome Derby” dimana setiap tempat duduk di Stadium ini dipenuhi oleh penyokong mereka.

Stadium Olimpico juga menjadi gelanggang perlawanan Final Coppa Italia setiap musim. Antara sejarah perlawanan di stadium ini yang paling diingati ialah perlawanan akhir Piala Dunia 1990 dimana Jerman Barat menewaskan Argentina, 1-0 untuk muncul sebagai juara Piala Dunia.

Di stadium ini juga merupakan tempat dimana pemain hebat Itali dilahirkan iaitu Francesco Totti yang menghabiskan kerjaya bola sepaknya bersama As Roma.

5) San Siro

Stadio Giuseppe Meazza atau dikenali sebagai San Siro terletak di Bandar Milan, Itali. Stadium ini dinamakan sebagai menghormati juara Piala Dunia 2 kali dan legenda bola sepak Itali iaitu Giuseppe Meazza yang telah menghabiskan kerjaya bola sepaknya dengan kelab Inter Milan dan juga AC Milan.

Ianya telah menjadi gelanggang rasmi AC Milan sejak tahun 1926 dan Inter Milan telah berpindah ke stadium ini pada tahun 1947. Sejak itu, gelanggang ini telah menganjurkan pelbagai perlawanan hebat yang melibatkan 2 buah kelab ini.

Selain menjadi gelanggang rasmi kepada AC Milan dan Inter Milan, Stadium ini juga digunakan sebagai gelanggang perlawanan Piala Dunia, kejuaraan Eropah, Skuad kebangsaan Itali dan perlawanan akhir saingan Piala Domestik.

Perlawanan “Milan Derby” tetap menjadi tumpuan dan telah menarik kehadiran ramai penyokong dimana AC dan Inter bersaing hebat untuk membuktikan pasukan mana yang merupakan jaguh sebenar di Milan.

AC Milan sebagai kelab gergasi Itali dan dikenali di seluruh dunia pasti mahu mengelakkan daripada terus menjadi penyewa Stadium dan mempunyai Stadium sendiri.

Untuk itu, pemilik AC Milan dari China mempunyai perancangan untuk memindahkan kelabnya ke Stadium Baharu. Pada bulan disember 2017, beliau telah bertemu wakil daripada Majlis Perbandaran Milan. Mereka berbincang dengan datuk bandar mengenai cadangan pengubahsuaian dan naiktaraf Stadium ini.

Namun begitu, hasrat itu terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu dan kedua-dua pasukan kekal menyewa Stadium ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN