Sejak dahulu lagi, bahasa Inggeris sentiasa disifatkan sebagai bahasa yang penting. Banyak negara, yang bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya, menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang harus dipelajari. Dalam era globalisasi pada hari ini, bahasa Inggeris bahasa yang harus dipelajari disebabkan oleh kepentingannya.
Antara kepentingan itu ialah bahasa Inggeris bahasa utama komunikasi antarabangsa. Bahasa Inggeris bahasa yang paling kerap dituturkan di serata dunia sehingga dirujukkan sebagai “ bahasa dunia”. Jika kita melancong ke luar negara, kebolehan kita berbahasa Inggeris akan menjadikan kita berasa lebih selesa.
Selain itu, bahasa Inggeris juga merupakan bahasa utama dalam bidang perniagaan. Penguasaan bahasa Inggeris menjamin kelancaran urusan perniagaan yang melibatkan bangsa negara lain. Jika penguasaan bahasa Inggeris kita lemah, peluang kita untuk mengadakan urusan perniagaan dengan individu dan syarikat asing terbatas. Bola sepak juga tidak pernah lari dari stigma sebegini.
Safawi Rasid kena kutuk
Tempias tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik pernah dialami oleh bekas pemain Porimonense S.C Safawi Rasid.
Pemain sayap Harimau Malaya Muhammad Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal.
Dalam sesi temuramah yang diadakan dalam bahasa English, Safawi kelihatan seperti kekok sedikit, namun masih boleh jawab semua soalan dengan baik. Ia mungkin disebabkan perasaan gentar tidak biasa ditemuramah oleh media asing.
Seperti biasa kegugupan Safawi dikaitkan dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris beliau, menyebabkan pemain itu dikutuk di media sosial.
Penting sangatkah bahasa Inggeris? Bagaimana dengan Lionel Messi?
Messi tak pandai Bahasa Inggeris?
Pernah tak terfikir sekiranya Lionel Messi boleh berbahasa Inggeris? Kita semua tahu kemampuannya di atas padang. Adakala perkara yang dianggap mustahil pun berjaya dijelmakan oleh pemain ini ketika permainan.
Malah pada hari ini Messi dilihat seperti Barcelona dengan legasinya. Ini kerana pemain ini amat sinonim dengan kelab dan bandar tersebut sehingga Messi yang berasal dari Argentina, dilihat sebagai duta di bandar Catalan itu.
Virgil Van Dijk: I spoke to Messi during the Ballon d'Or gala, not so much though because he does not speak English… But it was enough to realise how much respect we had for each other. It was a wonderful night, it is a great achievement to be there with the football symbols." pic.twitter.com/Lk1EbqrwrT
— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) December 30, 2019
Di sebalik kehebatannya itu, bolehkah beliau bertutur di dalam Bahasa Inggetis?
Oleh kerana hampir seluruh hidupnya adalah di Argentina dan Sepanyol yang bertutur Bahasa Sepanyol, maka andaiannya ialah Messi tidak tahu bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Ronaldo jadi penterjemah
Sudah menjadi lumrah di Eropah, pemain bukan Inggeris hanya mempelajari Bahasa Inggeris selepas mereka menyertai sebuah pasukan Inggeris.
Cristiano Ronaldo misalnya, hanya menjadi fasih dalam penguasaan Bahasa Inggeris selepas beraksi bersama Manchester United.
Ronaldo sendiri pernah bergurau menjadi penterjemah kepada Messi dan Neymar – kedua-duanya tidak pandai Bahasa Inggeris – di Majlis Anugerah Ballon d’Or pada 2016.
Cristiano Ronaldo: "Before the Gala, I was the translator for Messi & Neymar. I told them that they should pay me." pic.twitter.com/ZTVkOYShXB
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 20, 2016
Ketiga-tiga mereka adalah calon untuk anugerah tersebut pada 2015, di mana Messi meraih anugerah kelima.
Ronaldo pula berada di kedudukan kedua, dan diikuti oleh Neymar selepas itu.
“Kami menjadi pesaing rapat, tetapi hubungan kami sentiasa baik,” gurau Ronaldo ketika ditanya mengenai pengalamannya bersaing dengan Messi.
“Sebelum majlis gala, dan berada di pentas, saya adalah penterjemah untuk Neymar dan Messi. Saya maklumkan kepada mereka, khidmat saya perlu dibayar.”
Pasangan Messi kuasai Bahasa Inggeris
Tatkala Messi tidak bertutur di dalam bahasa antarabangsa tersebut, pasangannya Antontella bertutur menggunakan Bahasa Inggeris dengan fasih sekali.
Pada 2019, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Mackenzie O’Neill terperanjat kerana terserempak dengan Messi dan keluarganya sedang bercuti di Antigua dengan anak-anaknya.
Messi mengajak kanak-kanak itu bermain bola sepak pantai bersama beliau, dan anaknya Thiago.
Thiago is Calm like most First borns😁
Mateo is a terror and always trolling with Messi 🤭
Ciro doesn't like to be bothered 😂 pic.twitter.com/tlr0ESUbof
— Messi Worldwide (@Messi_Worldwide) August 8, 2020
“Isteri Messi [Antonella] menterjemahkan perbualan dengan Messi kerana dia bercakap Inggeris dengan lancar sekali,” kata Mackenzie.
“Saya kemudiannya berenang dengan Messi dan turut menaiki bot kecil bersama-sama sambil mandi manda.
“Messi bersama-sama keluarganya. Saya pula sebelum itu bersendirian bermain bola tidak jauh dari mereka.
11-year-old Mackenzie O'Neill enjoyed the experience of a lifetime on a family holiday to Antigua, when he joined football star Lionel Messi for a kickabout on the beach ⚽🏝️
To read the full story, click here: https://t.co/6hz9TfFhD3 pic.twitter.com/jGPbe1U77Q
— Sky News (@SkyNews) July 23, 2019
“Ayah beliau, Jorge kemudian membaling sebiji bola kepada saya, dan bertanya jika saya mahu menyertai Thiago dan Messi untuk 45 minit.
“Bermain di dalam air [laut] bersama Messi amat seronok. Beliau sama saja seperti ayah yang lain. Saya menyedari Messi gembira melihat anaknya bergaul dengan kanak-kanak lain.
“Hari terakhir mereka berada di sini saya memberikan bola saya kepada Thiago sebagai kenangan.
“Tetapi selepas itu dia mengejar saya kembali dan mahukan saya menyimpannya pula. Selepas itu Messi dan isterinya mengucapkan selamat tinggal kepada saya dengan senyuman kegembiraan. Saya tidak sama sekali akan melupakan kenangan ini.”
Rumusan
Dua situasi di atas cukup untuk membuktikan Messi tidak pandai bertutur di dalam Bahasa Inggeris.
Pada 2019, Virgil van Dijk juga mengesahkan sukar untuk berkomunikasi dengan pemain itu kerana beliau tidak bertutur di dalam bahasa tersebut.
Ini bermakna Messi perlu mempelajari Bahasa Inggeris sekiranya berniat menyertai Manchester City dan meninggalkan Barcelona pada musim hadapan.
Artikel ini bukan untuk tidak menidakkan kepentingan bahasa Inggeris. Apa sahaja ilmu yang boleh membawa kebaikkan kepada diri, semuanya harus dianggap penting.
Namun bola sepak juga mempunyai bahasanya yang tersendiri yang boleh ditutur dan difahami melalui aksi di dalam padang. Jika dapat menguasai kedua-duanya, maka ia adalah perkara yang lebih baik. Cuma untuk melabel Safawi gagal di Portugal kerana gagal menguasai bahasa Inggeris, adalah satu pendapat yang naif.