Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi mengakui yang beliau tersalah faham dengan apa yang terjadi ketika pergi ke Arab Saudi sebelum ini.
Sebelum ini, PSG dikatakan bakal memberikan pergantunggan ke atas Messi selama dua minggu selepas pergi ke Arab Saudi tanpa kebenaran.
Pemain Argnetina itu ke Arab Saudi atas tugasannya sebagai duta pelancongan negara tersebut. Dalam video penjelasan yang dilakukannya di Instagram, Messi menjelaskan yang beliau pergi ketika hari cuti dan bukannya ketika ada perlawanan melibatkan PSG.
Messi mengatakan yang pemergiannya ke Arab Saudi adalah pada hari cuti yang selalunya diberikan selepas satu-satu perlawanan diharungi PSG.
“Saya sangka yang kami akan mempunyai hari cuti selepas perlawanan seperti selalunya. Saya sudah ada lawatan yang sudah dirangka dan saya tidak boleh membatalkannya,” kata Messi.
Menurut Messi, sesi lawatan ke Arab Saudi itu telah pun dirancang lebih awal dan ini adalah percubaan kedua selepas kali pertama tidak berjaya.
Oleh kerana sesi lawatan asal telah dibatalkan sebelum ini, beliau terpaksa juga pergi pada tarikh baharu yang kemudiannya mengundang hukuman daripada PSG.
“Saya sudah batalkannya sebelum ini,” jelas Messi ringkas.
Walaupun sedar ini adalah satu kesalahan dan mengundang rasa tidak senang PSG, Messi kemudiannya memohon maaf di atas apa yang terjadi.
Malah, juara dunia bersama Argentina itu juga hanya menantikan sahaja benarkan beliau akan digantung dua minggu oleh kelab tersebut.
“Saya memohon maaf kepada rakan sepasukan saya dan saya menanti apa yang kelab nak buat terhadap saya,” ujar Messi lagi.
Messi juga dilaporkan mahu meninggalkan PSG dengan destinasi seterusnya masih menjadi tanda tanya buat pemain itu.