Messi Menang Anugerah Kasut Emas Eropah Kali Keempat

Lionel Messi menegaskan prestasi beliau semakin bertambah baik seiring dengan usianya selepas menerima Anugerah Kasut Emas Eropah buat kali keempat semalam.

Tonggak Argentina berusia 30 tahun itu muncul sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga utama di Eropah musim lalu dengan meledak 37 gol untuk Barcelona.

Lionel Messi menerima kasut emas daripada Luiz Suarez.

“Saya selalu berkata anugerah individu ini datang dari usaha keras. Ini hadiah untuk semua orang. Tanpa rakan sepasukan, saya tidak akan berada di sini untuk menerima anugerah kasut emas,” katanya.

Setakat ini, Messi telah menjaringkan 12 gol dalam saingan La Liga musim ini dan tidak pernah menganggap beliau seorang penyerang yang berbisa.

“Saya tak fikir saya merupakan penyerang yang terbaik tetapi saya selalu bernasib baik apabila dapat menjaringkan gol setiap perlawanan.

“Saya sentiasa menikmati perlawanan dan memberikan yang terbaik kepada pasukan dalam apa-apa situasi sama ada di perlawanan yang besar atau kecil,” jelasnya.

Messi kini memenangi anugerah ini sebanyak 4 kali sama banyak dengan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan sempat bergambar dengan Luiz Suarez, keluarganya dan barisan pengarah pasukan Barcelona termasuk presidennya, Josep Maria Bartomeu.

Barcelona mencatat keputusan seri dengan Juventus dalam perlawanan Liga Juara-Juara kelmarin, Messi berkata,

“Setiap kali saya diletakkan di bangku simpanan, saya rasa sedikit gelisah. Ianya betul saya tak suka disisihkan dari pasukan, saya lebih suka mengambil bahagian beraksi di atas padang tetapi saya faham musim ini masih panjang dan anda perlu memastikan tahap kecergasan sentiasa berada dalam keadaan bersedia,” ujarnya.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN